ZULKARNAIN (kiri) bersama sahabat seperjuangan dari Malaysia yang membantu misi dakwah jalanan di Jepun.
ZULKARNAIN (kiri) bersama sahabat seperjuangan dari Malaysia yang membantu misi dakwah jalanan di Jepun.
Oleh Zulkarnain Hasan Basri

Bersandarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-‘A’raf ayat 172, “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firman-Nya): ‘Bukankah Aku Tuhan kamu?’ Mereka semua menjawab: ‘Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.’ Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: ‘Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.’”

Ini tahun ke-11 saya menetap di Jepun. Berdakwah boleh di mana-mana. Saya suka berdakwah dalam kenderaan atau di tempat berehat.

“Biasanya saya akan memilih tempat duduk di mana saya boleh berdakwah sambil berehat,” kata Zulkarnain Hasan Basri yang berkongsi kisah penghijrahannya ke Jepun sebelum aktif meneruskan misi dakwah di sana kepada wartawan, Mohamad Fahd Rahmat.

Zulkarnain adalah Ketua Pegawai Eksekutif Nippon Muslim Corporation, Presiden Japan Muslim Foundation dan Pengerusi Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM Japan).

Beliau berhijrah ke negara matahari terbit itu selepas ditawarkan kerja sebagai jurutera.

Saya bertugas sebagai jurutera di Osaka. Berdasarkan pemerhatian, warga Jepun tidak berpeluang untuk memikirkan mengenai kehidupan selepas mati.

Mereka tidak punya masa selain untuk bekerja. Mereka juga tidak didedahkan mengenai kewujudan Allah SWT selain agama Islam itu sendiri.

Mereka didedahkan untuk bekerja mencari wang selain membina dunia untuk orang lain.

Kerana itu, kami berdakwah supaya mereka dapat mengenali kemurnian Islam dan pelbagai lagi aspek positif dalam kehidupan beragama.

Kami hanya berharap saudara semua berdoa supaya lebih ramai warga Jepun mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Doakan kami juga yang berdakwah di sini supaya terus dilindungi, diberikan ilmu, disatukan hati serta kekuatan untuk terus berdakwah ke jalan Allah SWT.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Oktober 2019 @ 8:30 AM