DR Rafidah  (enam dari kiri) bersama wakil delegasi  USIM  mengunjungi pensyarah di Doshisha University.
DR Rafidah (enam dari kiri) bersama wakil delegasi USIM mengunjungi pensyarah di Doshisha University.
hmdigital

ISLAM di Jepun semakin mendapat tempat dalam kalangan warganya.

Malah, disiplin tinggi warga Jepun dalam kehidupan seharian amat bertepatan
dengan cara hidup Islam.

“Itu antara sebab kami ke Jepun bagi melihat prosedur dan amalan terbaikpertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara itu dalam menguruskan agenda dakwah mereka,” kata Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, seperti yang diceritakan kepada wartawan, Mohamad Fahd Rahmat.

“Lawatan ini dibuat bagi meneliti dengan lebih mendalam peluang kepada PLiMJI untuk meneroka aspek libatsama masyarakat dan jaringan industri yang boleh dilakukan bersama universiti selain NGO di Osaka, Kyoto dan Tokyo.

Ia seterusnya menjadikan PLiMJI sebagai pusat tanggungjawab (PTJ) yang pertama di Malaysia yang mengadakan kerjasama seumpama itu.

Ia semua dilakukan bertitik tolak daripada kesedaran bahawa kehidupan beragama mampu membantu seseorang untuk mendapatkan ketenangan.

Inisiatif untuk menyantuni mualaf dalam masyarakat Jepun mendorong PLiMJI mengorak langkah memulakan perancangan bersama Zulkarnain Hasan Basri selaku Pengerusi Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) Jepun merangkap Pengarah Urusan Nippon Muslim Corporation dan Presiden Japan Muslim Foundation.

BANGUNAN CICC yang diterajui Kyoichiro.
BANGUNAN CICC yang diterajui Kyoichiro.

Zulkarnain aktif membantu masyarakat mualaf Jepun mendalami agama Islam
dan membantu mereka menjadi Muslim sebenar.

Pada masa sama, menurut Osaka Islamic Centre, terdapat keperluan yang amat tinggi untuk mualaf ini dibantu kerana mereka sangat memerlukan bantuan daripada aspek pembelajaran rasmi mengenai agama Islam.

Ini kerana, di Jepun, amat sukar untuk mualaf ini belajar mengenai agama Islam secara tersusun atau teratur, malah jika ada sekalipun, ia diajar oleh orang bukan Islam.

Ini menyebabkan ada sebilangan mualaf untuk menerima ajaran Islam
kerana kurang bimbingan mengenai agama.

Kami turut melawat Chiba Islamic Cultural Centre (CICC) yang diterajui Haji Kyoichiro Sugimoto. CICC pula berperanan dalam menyantuni komuniti setempat.

Sehubungan itu, misi libatsama PLiMJI dirangka membantu mualaf di Jepun dengan membawa wakil fakulti yang berkaitan untuk bersama-sama memahami keperluan mereka.

Seterusnya, ia boleh dijadikan rujukan atau garis panduan untuk melihat apakah bentuk kerjasama yang boleh diterjemahkan oleh USIM, PLiMJI dan fakulti yang menawarkan kursus dakwah.

Selain itu, delegasi USIM juga bertemu dengan Pengerusi Japan Halal Association Hind Hitomi Remon.

“Hasil perbincangan yang disepakati termasuk kerjasama dalam latihan industri membabitkan penuntut, auditor syariah, penyelidikan dalam bidang sains sosial, kajian fiqh Muslim minoriti dan program pertukaran kakitangan (dengan keperluan pembelajaran bahasa Jepun selama satu semester),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Oktober 2019 @ 8:11 AM