SENTIASA amalkan pemakanan sihat untuk nutrien mencukupi
SENTIASA amalkan pemakanan sihat untuk nutrien mencukupi
Muhamaad Razis Ismail


Hampir dua tahun kita berdepan tempoh sukar berikutan penularan pandemik sehingga membawa perubahan drastik dalam hidup kita semua.

Dalam konteks situasi pandemik, sistem pertahanan badan yang kuat adalah kunci bagi mengurangkan penyebaran dan mengurangkan risiko jangkitan.

Menyentuh isu penjagaan kesihatan, selain bersenam, setiap individu tidak boleh mengabaikan kepentingan nutrisi yang mencukupi untuk menguatkan sistem imun bagi memerangi virus dan membantu meningkatkan antibodi.

Vitamin C dan Zink dapat membantu menghalang jangkitan dan dapat menunjukkan pengurangan frekuensi, kadar keterukan dan tempoh jangkitan bagi masalah pernafasan seperti selsema.

Bagaimanapun, terdapat vitamin dan mineral lain yang memberi peranan sama penting terhadap sistem imunisasi seperti Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin B9, Vitamin B12, Vitamin D, Vitamin E, Zat Besi, dan Selenium.

Semua vitamin dan mineral ini kebanyakannya terdapat dalam makanan kita (kecuali Vitamin D yang terhasil daripada pendedahan kulit kepada cahaya matahari). Justeru, diet yang seimbang adalah sangat penting.

MAKANAN tambahan dapat membantu meningkatkan nutrien
MAKANAN tambahan dapat membantu meningkatkan nutrien

Makanan tambahan dapat membantu meningkatkan nutrien dan terdapat makanan tambahan yang boleh diambil untuk memberikan dos yang lebih tinggi bagi sesuatu vitamin atau mineral mengikut keperluan individu.

Selain itu, terdapat makanan tambahan lain yang wujud dalam bentuk kombinasi vitamin iaitu multivitamin dan mineral mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting (termasuk yang tersenarai di atas).

BERSENAM dapat mengurangkan risiko penyakit
BERSENAM dapat mengurangkan risiko penyakit

Bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan hanyalah untuk melengkapkan diet dan bukannya berfungsi untuk menggantikan makanan bagi mendapatkan diet yang seimbang.

Pengurus Besar Negara Blackmores Malaysia, Kumaran Chandrasergaran berkata, dengan pengalaman lebih dari 85 tahun sebagai jenama yang dipercayai pengguna dengan kesihatan semula jadi, matlamat mereka ialah menyediakan barisan produk yang luas bagi makanan tambahan dan makanan kesihatan tanpa memberi kompromi dalam kualiti.

Informasi am ini bukan bertujuan mendiagnosis sebarang kondisi medikal atau menggantikan pakar kesihatan anda. Sila dapatkan nasihat dari pakar kesihatan untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 November 2021 @ 6:16 AM