PEMASANGAN penapis air di salah sebuah perkampungan Orang Asli.
PEMASANGAN penapis air di salah sebuah perkampungan Orang Asli.

Waterco (Far East) Sdn Bhd (Waterco Malaysia), bekerjasama dengan Global Peace Foundation untuk menyediakan kemudahan penapis air bersama tolok tekanan kepada sembilan perkampungan Orang Asli di Pekan dan Rompin, Pahang.

Inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR), The Clean Water Project itu diadakan bagi memastikan air yang ditapis mengalir pada aliran yang sesuai di kemudahan sanitasi perkampungan berkenaan.

Pengurus Pembangunan Serantau Waterco Malaysia, Koo Zao Cheong mengakui, air adalah keperluan utama dalam kehidupan namun masih banyak komuniti di negara ini yang belum dapat menikmati bekalan air bersih.

Katanya, keperluan air bersih juga penting ketika pandemik bagi meningkatkan imuniti badan dan mencegah sebarang jangkitan.

"Kami percaya bahawa akses kepada bekalan air bersih di perkampungan Orang Asli dapat membantu meningkatkan gaya hidup dan persekitaran tempat tinggal mereka demi perlindungan daripada ancaman kesihatan.

WAKIL Waterco Malaysia memberi penerangan mengenai pemasangan dan penyelenggaraan penapis air kepada penduduk perkampungan Orang Asli di Pahang.
WAKIL Waterco Malaysia memberi penerangan mengenai pemasangan dan penyelenggaraan penapis air kepada penduduk perkampungan Orang Asli di Pahang.

"Itulah sebab utama kami tampil menyalurkan bantuan kepada mereka, komuniti yang berada jauh di kawasan terpencil," katanya.

Menerusi projek berkenaan, Waterco memasang sistem penapisan air di sumber air utama yang dihubungkan dengan kemudahan sanitasi di kampung terbabit.

Pemasangan sistem penapisan air itu membolehkan kira-kira 200 penduduk menikmati bekalan air bersih untuk tujuan membersihkan diri, mencuci dan rutin harian lain.

"Kami gembira dapat menghulurkan bantuan dari segi kepakaran untuk membantu golongan yang memerlukan.

"Ia secara tidak langsung memberi penyelesaian jangka panjang kepada mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 6:46 AM