GERAI  untuk menebus hadiah
GERAI untuk menebus hadiah
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Pusat beli-belah Sunway Pyramid mengadakan kempen Belanja dan Tebus Semula bagi menghargai sokongan dan kesetiaan pelanggan selama ini.

Kempen yang diadakan sehingga 10 Oktober ini hanya memerlukan pengunjung membelanjakan minimum RM250 dalam tiga resit pada hari yang sama untuk mendapatkan pelbagai ganjaran menarik yang disediakan.

Gerai untuk menebus hadiah pula terletak di aras LG2 di bahagia Orange Concourse.

Lebih istimewa, nama setiap pelanggan yang mengambil bahagian dalam kempen itu berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi cabutan bertuah mingguan antaranya pakej perjalanan, beg, barangan OPPO dan produk kecantikan terkenal.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-Belah dan Taman Tema Sunway, HC Chan berkata, seiring dengan fasa pemulihan negara yang membenarkan lebih banyak sektor perniagaan dibuka, pihaknya mahu mengambil kesempatan itu untuk memberi insentif selepas berbelanja sebagai cara bagi memulihkan perniagaan peruncit.

ANTARA pengunjung yang mendapatkan ganjaran yang disediakan menerusi kempen Belanja dan Tebus Semula.
ANTARA pengunjung yang mendapatkan ganjaran yang disediakan menerusi kempen Belanja dan Tebus Semula.

"Kami harap inisiatif itu dapat mempertahankan momentum pemulihan sehingga suku keempat tahun ini, yang juga tempoh penting bagi peruncit dan pusat beli-belah ini supaya tahun 2021 dapat diakhiri dengan sedikit semangat," katanya.

Sementara itu, keselamatan pengunjung tetap menjadi keutamaan pusat membeli-belah itu yang juga sebahagian daripada kempen #SaferCommunityTogether oleh rangkaian pusat membeli-belah Sunway.

Langkah-langkah keselamatan ketat dilaksanakan, ia termasuk sasaran 100 peratus immuniti kelompok dalam kalangan pekerja di dalam pusat membeli - belah, amalan penjarakan fizikal, sanitasi berterusan dan pemeriksaan kesihatan di setiap pintu masuk bagi memastikan keselamatan pengunjung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 6:40 AM