JANGAN terpedaya dengan paparan foto model yang menyarungkan sesuatu busana kerana ia mungkin tidak sesuai dengan rona kulit anda.
JANGAN terpedaya dengan paparan foto model yang menyarungkan sesuatu busana kerana ia mungkin tidak sesuai dengan rona kulit anda.
Hafiz Ithnin


PESONA dalam berbusana selain dari

reka bentuk, pastinya warna kerana ia menjadi antara tarikan utama apabila digayakan.

Malah, peranan warna tidak dinafikan memberi kesan kepada personaliti dan bentuk badan si pemakai. Justeru, perlu bijak untuk digayakan.

Penganalisis Fesyen, Profesor Dr Zuhailii Akmal Ismail berkata, kadangkala ramai lebih rasa selesa untuk memilih baju berwarna neutral atau warna tanah untuk suai padan gaya.

"Jadi, mengapa tidak untuk mengubah penampilan yang berlainan? Anda cuba untuk gayakan sesuatu yang lebih berani dengan permainan warna.

"Jika kena dengan rona atau warna kulit anda, warna yang sesuai boleh menonjolkan gaya tersendiri secara tidak langsung memberikan aura lebih positif.

Justeru, Dr Zuhaili kongsikan cara mengenal pasti rona kulit anda dan penggayaan yang sesuai:

GABUNGAN dua rona dalam busana mampu menonjolkan aura kepada si pemilik tubuh.
GABUNGAN dua rona dalam busana mampu menonjolkan aura kepada si pemilik tubuh.

1.Rona kulit terbahagi kepada dua iaitu rona panas dan tona sejuk

Rona panas:

- Untuk mengenal pasti rona panas, urat nadi di pergelangan tangan berwarna kehijauan.

- Mereka yang berona panas sangat sesuai dengan warna kuning , oren, coklat dan ivory.

Rona sejuk:

- Untuk mengenal pasti rona sejuk, urat nadi di pergelangan tangan berwarna kebiruan.

- Mereka yang mempunyai rona sejuk sangat sesuai dengan warna biru, hijau, merah jambu dan ungu.

RONA kulit gelap atau sawa matang mampu menonjolkan keunikan dan menarik ketika berfesyen.
RONA kulit gelap atau sawa matang mampu menonjolkan keunikan dan menarik ketika berfesyen.

Untuk jenis warna kulit dan padanan warna sesuai, berikut antara tip yang mungkin boleh dipraktikan:

Warna kulit terbahagi kepada tiga warna kulit di Malaysia iaitu sawo matang, kuning langsat dan putih gading.

- Bagi mereka dengan warna kulit sawo matang, warna seperti 'burgundy,' beige, 'navy,' merah hati, ungu dan perak akan membuatkan anda lebih menonjol. Artis tempatan dengan warna kulit sawo matang adalah seperti Yuna dan Dayang Nurfaizah.

- Bagi mereka dengan warna kulit kuning langsat seperti Mimi Lana, suai padan warna oren, kuning, hijau, biru dan merah akan pasti membuatkan mata yang memandang tidak berkelip melihat anda.

- Bagi anda dengan warna kulit putih gading seperti Uqasha Senrose, warna seperti coklat, kelabu, merah, biru, ungu dan juga pastel.

Katanya, selepas mengenal pasti rona atau warna kulit, mulai eksperimen dengan tiga peraturan suai padan warna mengikut roda warna monokromatik, melengkapi atau analog:

- Suai padan warna monokromatik

Suai padan ini menggabungkan busana berdasarkan warna dalam rona yang sama dalam roda warna. Kelebihan apabila memilih monokromatik, anda pasti kelihatan 'stailo' dan effortless.

Penampilan ini sangat mudah digayakan, hanya dengan suai padan rona warna yang lebih kurang sama.

- Suai padan warna saling melengkapi

Warna saling melengkapi adalah suai padan warna berbeza yang berada secara bertentangan dalam roda warna.

Kombinasi popular adalah lilac dengan kuning, hijau dengan merah atau oren dengan biru. Oleh kerana gabungan itu adalah begitu 'bold,' anda perlu yakin akan dengan suai padan warna berikut.

Antara warna yang bertentangan dengan oren dalam roda warna ialah warna ungu, emerald green dan coklat gelap.

Jika anda memilih warna biru, warna saling melengkapi dalam roda warna ialah hijau gelap, 'dusty mint,' 'scarlet red' dan putih.

Anda juga boleh cuba suai padan ini dengan hijab anda. Mungkin dengan hijab berwarna kuning cair dan disuai padankan dengan busana atasnya berwarna ungu.

Begitu banyak suai padan warna saling melengkapi yang anda boleh cuba!

- Suai padan warna analog

Gabungan warna yang berada secara bersebelahan dalam roda warna dikenal pasti sebagai suai padan warna analog.

Sekiranya busana anda adalah merah, warna yang bersebelahan dan sesuai dengan warna merah ialah 'lime,' abu dan 'fuchsia.'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Oktober 2021 @ 6:10 AM