SAJIAN tradisi diberi nafas baharu Lamb Shank Merah.
SAJIAN tradisi diberi nafas baharu Lamb Shank Merah.
Nurul Husna Mahmud


PALING ketara pada Syawal kali ini ialah ramai yang tidak dapat melakukan kelaziman menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.

Tidak terkecuali Malaysia dan Singapura apabila rakyat dari kedua-dua negara turut mempunyai saudara mara atau rakan taulan yang ingin ditemui pada perayaan kali ini terpaksa menangguhkan perjalanan mereka bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Program 'Citarasa Singapore with TBHG' adalah program demonstrasi virtual masakan dianjurkan Singapore Tourism Board berkolaborasi bersama The Black Hole Group dengan menampilkan pelbagai resipi cita rasa tradisi dari negara republik itu untuk dikongsi bersama.

Mengambil inspirasi sup tulang merah cukup terkenal di negara itu, Eksekutif Cef Sous Zulfadhli Normedi menampilkan hidangan itu dalam versi baharu iaitu Lamb Shank Merah.

Menurut Pengarah Malaysia & Brunei STB, Dawn Ng, pihaknya akur sudah masuk tahun kedua baik rakyat Malaysia mahupun Singapura, tidak dapat rentas negara bagi meluangkan masa bersama keluarga dalam tempoh perayaan.

"Sekurang-kurangnya ia dapat mengubati kerinduan warga Malaysia yang terpisah hampir dua tahun kerana tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga atau rakan taulan mereka dari negara jiran," katanya.

Sementara itu kata Zulfadhli, kemudahan teknologi masa kini memberi sinar terutama peminat hidangan Singapura dapat menikmati sajian berkenaan menerusi kelas atau demonstrasi masakan secara maya.

"Makanan membawa kita mengenangkan memori dan kenangan dalam perhubungan. Program ini antara platform dapat mengeratkan kembali perhubungan yang jauh menerusi masakan dengan menampilkan hidangan tradisi menjadi kegemaran rakyat Singapura mahupun Malaysia sendiri," katanya.

SAJIAN sup daging merah boleh dimakan bersama roti. leper dan salad oleh Cef Zulfadli.
SAJIAN sup daging merah boleh dimakan bersama roti. leper dan salad oleh Cef Zulfadli.

Berikut adalah resipi 'Lamb Shank Merah' diinspirasikan daripada cita rasa hidangan tradisi tempatan iaitu sup tulang merah yang turut dikatakan sajian wajib ketika hari keraian:

Resipi : Lamb Shank Merah

Bahan-bahannya

Elemen 1: Sambal

5 cili merah

5 cili kering

3 ulas bawang putih

3 biji bawang kecil merah

40 gram udang kering

1 sudu kecil garam

1 cawan air

Penyediaan :

Semua bahan di atas dikisar

ANTARA restoran di bawah Singapura TBHG mempunyai peminat.
ANTARA restoran di bawah Singapura TBHG mempunyai peminat.

Elemen 2: Sos merah

2 sudu besar sambal

2 sudu besar sos tomato

1/2 sudu kecil serbuk kari daging

1 sudu besar kicap

Gula secukup rasa

Perwarna makanan (merah)

1 sudu tepung jagung

1 sudu besar air

Penyediaan:

1. Semua bahan dicampur dan dipanaskan sehingga sos memekat.

Elemen 3A: Sup tulang

1 kilogram 'lamb shank' (kaki kambing)

1.5 liter air

1/2 cawan kisaran halia dan bawang putih

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 kulit kayu manis

2 bunga lawang

3 bunga cengkih

3 buah pelaga

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil garam

Elemen 3B (salutan kaki kambing)

Serbuk roti

Tepung serba guna

Telur

Penyediaan:

1. Reneh semua bahan dalam periuk tekanan tinggi sehingga daging empuk. (anggaran 2 jam)

2. Daging kaki kambing tadi disalut dengan elemen 3B. Kaedahnya pukul telur dan celup dalam tepung kemudian disalut sekali lagi dengan serbuk roti serta digoreng sehingga warna keemasan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 6:31 AM