COKLAT sebagai sapuan roti atau ‘topping’ biskut. - FOTO Google
COKLAT sebagai sapuan roti atau ‘topping’ biskut. - FOTO Google
HM Digital

BAGI pembaca, antara menu yang menarik boleh dihasilkan berasaskan coklat ialah lepa coklat atau coklat sapuan untuk dimakan bersama roti dan sebagai inti serta 'topping' biskut.

Bahan-bahan untuk lepa coklat:

  • 40 gram hazelnut atau badam atau kacang tanah

  • 100 gram gula kastor (boleh disesuaikan mengikut cita rasa atau tahap manis individu)

  • 450 gram coklat gelap (dark chocolate)

  • 225 mililiter krim masakan (double cream)

  • 100 gram mentega (unsalted)

    Langkah penyediaan:

    1. Bakar hazelnut pada suhu 200 darjah Celsius sehingga warna kuning keperangan dan biarkan sejuk seketika.

    2. Letakkan kacang tadi dalam mesin proses atau kisar dan tuang sekali gula kastor. Ketepikan sebentar.

    3. Masakkan coklat dan apabila cair sepenuhnya letakkan mentega dan krim masakan.

    4. Campurkan pula bahan kacang dan gula dikisar tadi dalam bahan coklat. Lalu dipukul rata. Sedia dihidangkan. - Sumber JamieOliver.Com

  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 6:30 AM