BERSENAM ketika puasa perlu ikut kemampuan.
BERSENAM ketika puasa perlu ikut kemampuan.
Nurul Husna Mahmud


RASA lesu dan lemah adalah gejala normal bagi mereka yang berpuasa ketika Ramadan sehingga menyebabkan ada antara kita mengurangkan aktiviti harian termasuklah bersenam.

Tidak dinafikan senaman berat seperti rutin tabata atau senaman intensiti tinggi lain boleh menyebabkan dehidrasi sehingga kepada komplikasi lebih serius seperti pengsan.

Perunding Kecergasan Kevin Zahri sendiri pernah berkongsi dalam laman sesawangnya KevinZahri.Com bahawa, melakukan senaman intensiti tinggi perlu dielak ketika berpuasa kerana keadaan badan kekurangan bendalir boleh mendatangkan risiko kepada individu terbabit.

"Senaman tinggi intensiti seperti HIIT, tabata atau rutin kardio yang berat dilakukan tanpa air seperti mana keadaan ketika berpuasa sememangnya bahaya dan boleh akibatkan pelbagai risiko kecederaan, pengsan, serangan jantung dan banyak lagi.

"Sebaiknya senaman atau rutin yang berat perlu dilakukan selepas berbuka. Perlu tahu makanan diambil ketika berbuka mestilah mudah dihadam selain menunggu 10 hingga 20 minit sebelum memulakan aktiviti," katanya.

PANTAU tahap jantung ketika bersenam.
PANTAU tahap jantung ketika bersenam.

Meskipun waktu puasa dilihat peluang terbaik untuk 'membakar lemak,' namun pakar kecergasan itu menyarankan pilihan senaman lebih ringkas serta mudah.

"Senaman berintensiti rendah iaitu aktiviti senaman pada kadar denyutan jantung tidak melebih 65 peratus kadar maksimum lebih sesuai ketika Ramadan. Pilihan aktiviti yang boleh dilakukan iaitu berjalan, jogging perlahan atau aktiviti sukan kasual sahaja.

KEKURANGAN air dalam badan boleh menyebabkan kelesuan.
KEKURANGAN air dalam badan boleh menyebabkan kelesuan.

"Langkah keselamatan, persekitaran senaman juga perlu di kawasan redup atau dalam kawasan tertutup supaya tidak terdedah kepada keadaan panas. Apabila ada gejala loya dan pening segeralah berhenti.

"Penilaian lain lebih mudah ialah apabila bersenam dan bercakap dengan orang sebelah, nafas tercungap-cungap. Ini kerana badan tidak boleh menahan bebanan senaman," katanya.

JIKA mahu bersenam, sebaik-baiknya mulakan sejam sebelum berbuka.
JIKA mahu bersenam, sebaik-baiknya mulakan sejam sebelum berbuka.

Berikut lima tip dikongsi ketika bersenam;

1. Sejam sebelum berbuka senaman lebih santai seperti jogging, berjalan atau sukan lain seperti badminton. Perhatikan juga kadar jantung supaya tidak terlalu tinggi. Waktu terbaik ialah bersenam sebelum berbuka.

2.Berbuka dengan sajian ringan atau minum air sahaja dan barulah mula rutin senaman intensiti tinggi seperti HIIT.

3. Selepas berbuka perlu tunggu 60 atau 90 minit bagi melakukan senaman berintensiti tinggi lebih mudah.

4. Pantau segi keselamatan kerana dehidrasi boleh berlaku.

5. Jika mahu rehat daripada bersenam, alih kepada aktiviti lain lebih santai suypaya fokus kepada ibadah juga tidak

terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 6:17 AM