Selain rekaan memukau, harganya juga mampu milik - FOTO Spritzer
Selain rekaan memukau, harganya juga mampu milik - FOTO Spritzer
Hanis Aliaa Hidzir

RAKYAT Malaysia kini lebih banyak menghabiskan masa seharian di dalam  rumah demi memutuskan rantaian penularan COVID-19. 

Oleh itu, melengkapkan kediaman dengan keperluan rumah penting bagi memastikan rutin harian dalam norma baharu dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur selain memenuhi citarasa serta tren warna terkini. 

Memahami situasi ini, pengeluar air mineral semula jadi Spritzer, tampil dengan dipenser pam air terbaharu bagi membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menyerlahkan gaya estetik di rumah.

Ringan, mudah dan bergaya

Rekaan Dispenser Pam Air Spritzer tampak elegen dan moden - FOTO Spritzer

Reka bentuknya yang kompak dan ringan memungkinkan pengguna untuk menyimpan dan membawa dispenser pam air ini ke mana sahaja.

Pengguna juga boleh mengecas semula dispenser pam air ini melalui port pengecasan USB pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan pengecas mudah alih. 

Dengan hanya RM39.90, dispenser pam air ini penyelesaian terbaik buat mereka yang menyewa atau menginginkan kemudahan bagi memperoleh sumber air mineral semula jadi yang berkualiti tanpa perlu komitmen bulanan tambahan yang besar.

Rona hijau air pasang yang memukau dan menyerlahkan gaya estetik - FOTO Spritzer

Selain memudahkan, warna hijau air pasang yang merupakan rona pilihan bagi 2021 juga menyerlahkan lagi penampilan Dispenser Pam Air Spritzer serta mampu memberikan rasa estetik buat penggunanya. 

Rekaan Dispenser Pam Air Spritzer yang menawan dengan warna elegen menjadikannya sebagai keperluan rumah yang sesuai diletakkan di mana-mana ruangan kediaman sama ada bilik tidur, dapur, ruang tamu mahupun ruang makan. 

Dispenser pam air ini sesuai digunakan pada Air Mineral Semula Jadi Spritzer 6L dan 9.5L. Berikut langkah-langkah pemasangan Dispenser Pam Air Spritzer.

  1. Basuh hos dan pasangkan pada pam
  2. Tanggalkan penutup dalaman dispenser pada penutup botol Air Mineral Semula Jadi Spritzer 6L atau 9.5L
  3. Masukkan hos ke dalam botol
  4. Pasang pam pada penutup botol
  5. Tekan butang pada Dispenser Pam Air Spritzer dan nikmati Air Mineral Semula Jadi Spritzer yang berkualiti

Air mineral semula jadi kaya silika

Air Mineral Semula Jadi Spritzer diekstrak dari sumber air bersih 420 kaki bawah tanah menjadikannya kaya dengan mineral seperti silika.

Justeru, tidak hairanlah Spritzer dianugerahkan Superior Taste Award oleh International Taste Institute (iTQi) selain membuktikan Air Mineral Semula Jadi Spritzer mempunyai rasa yang unik dan menyegarkan.  

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Spritzer atau ikuti Facebook Spritzer dan dapatkan Dispenser Pam Air Spritzer di pautan ini untuk melengkapkan gaya serta keperluan kediaman anda sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 4:53 PM