Fairul Asmaini Pilus


SETIAP wanita yang bekerjaya pastinya sentiasa menjaga penampilan supaya kelihatan rapi dan terurus.

Untuk ke pejabat setiap hari, wajah tidak seharusnya dibiarkan polos dan pucat tanpa sebarang solekan.

Ia tidak perlu tebal, tetapi memadai dengan solekan ringkas untuk menaikkan lagi seri wajah dan penampilan.

Jurusolek berpengalaman, Yann Ahmad berkata, solekan

'less is more' paling sesuai untuk ke pejabat kerana selain lebih ringkas, penggunaan warnanya juga tidak terlalu terang.

Akuinya, anda pasti tidak mahu menarik perhatian ramai dengan solekan tebal dan terang ketika siang.

"Kombinasi rona pastel dan lembut seperti pic, coklat cair, gangsa serta merah jambu paling sesuai digunakan selain elakkan daripada menggunakan warna terang seperti biru, merah dan ungu terang.

"Lebih penting solekan ke pejabat tidak memerlukan masa yang lama," katanya.

Menurut Yann, sebelum memulakan sebarang solekan, wajah perlu dibersihkan sebersihnya dan kemudian semburkan 'face mist.'

Katanya, untuk menjaga kelembapan kulit terutama wanita yang bekerja dalam bangunan mempunyai pendingin hawa, serum perlu dipakai pada wajah.

"Ia diikuti dengan pemakaian pelembap dan bedak asas (jenis cecair) yang sesuai dengan tona kulit wajah.

"Jika kesuntukan waktu, boleh gabungan primer dan krim pelindung matahari," katanya.

Jelas Yann lagi, pemerah pipi boleh terus dioleskan dan gunakan berus untuk hasil yang lebih kemas.

Bagi wanita yang memiliki kesan gelap pada bawah mata (eye bag), jangan ketinggalan menggunakan penyamar noda untuk menyembunyikan kulit kusam yang tidak bermaya.

Katanya, solekan di beberapa kawasan seperti hidung, pipi, dagu dan dahi juga perlu di 'highlight' sebelum mengemaskan kening.

"Untuk mata pula, gunakan pembayang mata rona pastel dan boleh juga ditambah dengan sedikit kilauan rona emas bagi menyerlahkan lagi solekan secara keseluruhan.

"Penggunaan penggaris mata dan maskara juga dapat menyerlahkan lagi keindahan solekan pada mata," katanya.

Sementara itu, solekan juga tidak lengkap tanpa olesan gincu pada bibir. Untuk ke pejabat, sapuan gincu rona lembut paling sesuai kerana ia menyerlahkan wajah kelihatan lebih segar dan menawan.

SEBELUM memulakan solekan pastikan wajah dibersihkan. terlebih dahulu.
SEBELUM memulakan solekan pastikan wajah dibersihkan. terlebih dahulu.

SEMBURAN 'face mist' dapat mengekalkan solekan tahan lama.
SEMBURAN 'face mist' dapat mengekalkan solekan tahan lama.

SAPUKAN serum untuk menjaga kulit terutama jika sering. berada dalam kawasan berpendingin hawa.
SAPUKAN serum untuk menjaga kulit terutama jika sering. berada dalam kawasan berpendingin hawa.

 PELEMBAP boleh diratakan ke seluruh wajah sama ada menggunakan span atau tangan.
PELEMBAP boleh diratakan ke seluruh wajah sama ada menggunakan span atau tangan.

PILIH bedak asas jenis cecair dengan tona yang sesuai dengan warna kulit.
PILIH bedak asas jenis cecair dengan tona yang sesuai dengan warna kulit.

PEMERAH pipi boleh terus dipakai jika mahu bersiap dalam tempoh yang singkat.
PEMERAH pipi boleh terus dipakai jika mahu bersiap dalam tempoh yang singkat.

PENYAMAR noda penting untuk menyembunyikan cela dan 'eye bag' di bawah mata.
PENYAMAR noda penting untuk menyembunyikan cela dan 'eye bag' di bawah mata.

PEMBAYANG mata untuk solekan ke pejabat disarankan daripada kumpulan warna semula jadi atau pastel.
PEMBAYANG mata untuk solekan ke pejabat disarankan daripada kumpulan warna semula jadi atau pastel.

KEMASKAN solekan dan boleh juga tambah 'highlight' di hidung dan pipi.
KEMASKAN solekan dan boleh juga tambah 'highlight' di hidung dan pipi.

PEMILIHAN rona gincu bibir.
PEMILIHAN rona gincu bibir.

 SOLEKAN ke pejabat yang mudah.
SOLEKAN ke pejabat yang mudah.

PENAMPILAN ringkas yang menawan.
PENAMPILAN ringkas yang menawan.

YANN bersama model,
YANN bersama model,

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mac 2021 @ 7:01 AM