MASAK makanan sendiri dan mencuba resipi baharu amat menarik bagi mengisi waktu senggang.
MASAK makanan sendiri dan mencuba resipi baharu amat menarik bagi mengisi waktu senggang.
Hafiz Ithnin

KITA nampaknya masih dalam keadaan perlu berjaga-jaga kerana pendamik Covid-19 masih belum lagi reda dan angka kadar jangkitan setiap hari mampu mengundang kebimbangan.

Dalam masa yang sama, kebanyakan organisasi atau syarikat membenarkan kakitangan untuk bekerja dari rumah bagi memastikan tidak berlaku kes jangkitan di tempat kerja.

Bagi mereka yang tinggal berseorangan di rumah khasnya golongan bujang pastinya merasakan keadaan ini boleh memberi tekanan kerana perlu melalui norma baharu untuk bekerja dan banyak masa di rumah.

Jika ingin mengajak rakan atau ahli keluarga bertandang ke rumah, ia pasti bukan satu yang ideal yang baik kerana bimbang dengan keadaan semasa.

Ruangan Wanita Metro (WM) kali ini berkongsikan sedikit tip untuk mengurangkan rasa bosan sekiranya anda tinggal seorang diri di rumah dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

1. Bangun seawal mungkin selepas cukup waktu tidur

Jangan melihat jika bekerja di rumah ialah waktu yang boleh anda gunakan untuk hanya bersantai terutama bangun lewat kerana tidak perlu bersiap ke pejabat atau meredah kesesakan jalan raya ke tempat kerja.

Jadikan amalan untuk bangun seawal mungkin dan tetapkan waktu untuk bersarapan kerana jika anda tinggal seorang diri, ini adalah masa yang terbaik untuk menyediakan makanan sendiri dengan memasaknya.

Jangan fikir kerana tinggal seorang, agak membazir untuk memasak. Keluarkan juga bahan memasak untuk makan tengah hari dari peti sejuk untuk dimasak apabila sudah tiba masanya. Masakan pada tengah hari itu boleh dimakan untuk waktu makan malam juga. Jadi, ia tidak membazir.

2. Disiplin untuk masuk kerja dan pulang kerja

Walaupun berada di rumah, bayangkan anda seperti berada di pejabat iaitu kerja mesti lapan jam dan sejam waktu berehat. Pastikan tidak ada kerja yang ditangguhkan kerana ia boleh memberi manfaat sekiranya sudah masuk ke pejabat kelak, perkara yang perlu diselesaikan sudah siap dan tidak tertunggak.

BERHIBUR secara atas talian menerusi pebagai aplikasi sembang turut boleh dilkukan.
BERHIBUR secara atas talian menerusi pebagai aplikasi sembang turut boleh dilkukan.

3. Berkomunikasi secara atas talian

Ketika ini, terdapat banyak aplikasi di telefon pintar yang membolehkan kita berhubung dengan setiap orang. Malah, terdapat juga aplikasi yang membolehkan anda untuk berbincang sesuatu topik sama ada secara santai atau serius.

Gunakan aplikasi berbual ini sebagai satu aktiviti jika anda ingin bercakap dengan orang lain. Malah, ia lebih selamat berbanding perlu berhubung secara bersemuka.

4. Jangan lupa bersenam

Jika anda berasa tidak selamat untuk berada di luar rumah untuk melakukan aktiviti riadah walaupun kerajaan sudah membenarkannya ketika ini terutama bagi aktiviti tanpa bersentuhan, anda boleh melakukan aktiviti bersenam di rumah sendiri.

Ketika ini terdapat banyak alat bantuan senaman yang dijual pada harga mampu milik di pasaran atas talian khasnya.

Jika anda ingin melakukan kecergasan di luar rumah, pastikan kunjungi taman rekreasi atau ke gimnasium pada masa yang tidak mempunyai pengunjung yang ramai.

BERSENAM di rumah secara kreatif adalah antara aktiviti yang boleh diamalkan walaupun hanya berada di dalam rumah.
BERSENAM di rumah secara kreatif adalah antara aktiviti yang boleh diamalkan walaupun hanya berada di dalam rumah.

5. Menerokai perkara baharu

Perkara ini juga agak menarik untuk dilakukan kerana jika sibuk ke pejabat sebelum ini, mungkin rutin harian anda adalah sama sahaja. Jika berada di rumah, pada waktu santai anda yang mungkin sebelum ini 'gagal' untuk melakukannya kerana letih berulang alik ke pejabat sudah boleh lakukannya.

Antaranya banyak memahami sesuatu terjemahan, membaca buku, menulis blog atau mencuba resipi masakan yang baharu. Lakukan perkara baharu yang mampu memberi berfaedah kepada diri sendiri dan orang lain.

6. Jangan tidur lambat

Sekiranya anda melihat bekerja di rumah adalah peluang untuk tidur lewat adalah tidak tepat kerana anda perlu bangun lebih awal untuk melakukan aktiviti harian yang lebih produktif.

Malah, jika tidur lebih awal dan cukup kesihatan anda juga akan lebih baik terutama kesihatan mental.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 6:30 AM