PASTIKAN anda mempunyai ruang berkerja bagi memastikan tiada gangguan daripada anak-anak.
PASTIKAN anda mempunyai ruang berkerja bagi memastikan tiada gangguan daripada anak-anak.
Hafiz Ithnin


KETIKA ini masih ramai antara kita bekerja dari rumah dan tidak dinafikan jika mempunyai anak yang masih kecil terutama bagi golongan ibu pasti berdepan cabaran tersendiri.

Wanita Metro (WM) ingin berkongsi tip untuk memastikan anda tetap mampu menjalankan tugas sebagai pekerja dan dalam masa yang sama menguruskan si kecil di rumah:

1. Minta kerjasama dengan suami

Sekiranya anda dan suami bekerja dari rumah, tidak ada salahnya untuk meminta suami bersama-sama menjaga si kecil yang mungkin perlukan perhatian lebih daripada kedua ibu bapanya.

2. Sediakan ruang untuk bekerja

Perkara ini paling penting kerana kadang-kala jika anda perlu menghadiri mesyuarat secara dalam talian misalnya, sudah pasti tidak mahu gangguan daripada si kecil. Jadi, pastikan terdapat bilik khas untuk anda berkerja dan maklumkan kepada anak, anda tidak boleh diganggu dalam tempoh masa tertentu kecuali kecemasan.

BERIKAN anak anda permainan yang boleh menguji minda mereka.
BERIKAN anak anda permainan yang boleh menguji minda mereka.

3. Disiplin

Meskipun bekerja dari rumah, bagi si ibu kadang-kala perlu menguruskan hal membabitkan kerja-kerja rumah yang mungkin menyebabkan anda tidak dapat memberi fokus kepada kerja pejabat yang sudah ditugaskan.

Jadi, sediakan satu jadual dan ikut jadual berkenaan dari segi memasak, membasuh pakaian dan tempoh waktu berkerja. Perkara ini dapat membantu anda daripada menjadi kelam kabut untuk menguruskan hal rumah tangga dan kerjaya.

4. Didik anak untuk memahami diri anda

Kanak-kanak sebenarnya jika di asuh dengan cara berkomunikasi dengan baik, mereka dapat memahami tugas ibu bapa mereka. Gunakan gaya pendidikan kanak-kanak dengan betul terutama dari segi berkomunikasi supaya anda dapat memahami kehendak si anak dan anak juga dapat mengetahui tugas anda.

5. Pastikan anak mempunyai tugas sendiri

Jika anda hanya membiarkan si kecil hanya membuat suatu perkara sahaja mereka sudah pastinya akan bosan. Tidak ada salahnya jika anda mempelbagaikan aktiviti kepada anak ketika di rumah seperti membaca, melukis atau bermain alat permainan yang dapat menguji kepintaran minda mereka.

Sekiranya mereka berjaya melakukan aktiviti itu, jangan lupa untuk ucapkan tahniah atau berikan ganjaran tanda anda menghargai usaha mereka. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin tidak diganggu ketika berkerja.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2021 @ 6:40 AM