INES ikon
INES ikon
GAYA santai dan ringkas yang menyerlahkan lagi kecantikan wanita.
GAYA santai dan ringkas yang menyerlahkan lagi kecantikan wanita.
RINGKAS tetapi masih tampak bergaya.
RINGKAS tetapi masih tampak bergaya.
TOPI dan beg aksesori pelengkap gaya.
TOPI dan beg aksesori pelengkap gaya.
REKAAN yang selesa untuk bersantai pada musim panas/ bunga.
REKAAN yang selesa untuk bersantai pada musim panas/ bunga.
HIMPUNAN menarik daripada INES.
HIMPUNAN menarik daripada INES.
KOLEKSI menarik Uniqlo Ines de la Fressange sempena musim panas/ bunga 2021.
KOLEKSI menarik Uniqlo Ines de la Fressange sempena musim panas/ bunga 2021.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kreativiti ikon fesyen global, Ines de la Fressange dalam menghasilkan koleksi menarik untuk wanita sememangnya tidak perlu dipertikaikan.

Lahir dan dibesarkan di Perancis, Ines menjadi model antarabangsa terkenal sebaik sahaja beliau memulakan karier pada usia 17 tahun.

Sejak itu, Ines menjadi inspirasi dan wajah utama untuk beberapa jenama fesyen terkenal. Kini, beliau adalah ikon fesyen global yang disegani ramai.

Beliau turut berkolaborasi dengan peruncit pakaian global, UNIQLO sejak lebih 15 musim dan terbaharu, tampil dengan koleksi menarik bermotifkan 'Pakaian mewah dan seterusnya'.

Sesuai dengan temanya, himpunan itu adalah keperluan fesyen wanita dengan menyatukan kepercayaan Ines bahawa pakaian selesa yang dapat dipakai semua wanita dapat mengungkapkan lagi kecantikan mereka.

Ia juga seiring dengan falsafah LifeWear UNIQLO iaitu untuk menyediakan pakaian inovatif, berkualiti tinggi yang dapat memenuhi keperluan gaya hidup harian masyarakat.

GAYA formal yang selesa untuk wanita.
GAYA formal yang selesa untuk wanita.

Himpunan berkenaan diinspirasikan dari perjalanan singkat beliau ke Deauville, kawasan resort percutian tepi laut terkenal di wilayah Normandy, Perancis yang turut memberi makna tersendiri kepada Ines.

Warga Paris berduyun-duyun ke tempat peranginan tepi laut yang indah ini di barat laut Perancis pada musim panas.

Selain itu, pereka fesyen terkenal dari Perancis, Coco Chanel turut memilih tempat itu untuk membuka butik fesyen pertamanya pada tahun 1913 dan bandar berkenaan juga adalah pusat fesyen pada awal abad ke-20.

Bagi Ines, Deauville menyimpan kenangan tersendiri kerana ketika kecil, pernah bercuti di sana bersama neneknya dan di situlah beliau pertama kali melihat wanita berpakaian mewah yang begitu elegan.

Pemandangan indah kawasan tepi pantai dan kepelbagaian fesyen itulah yang memberinya inspirasi untuk menghasilkan koleksi terbaharu sempena musim panas dan bunga kali ini menerusi tiga konsep gaya menarik iaitu Perjalanan Sehari, Mudah serta Laut.

FESYEN menarik gaya santai tepi laut untuk menceriakan musim ini.
FESYEN menarik gaya santai tepi laut untuk menceriakan musim ini.

Perjalanan Sehari Diinspirasikan perjalanan singkat beliau ke Deauville dengan keperluan seperti koleksi pakaian kapas linen, selendang, tali pinggang dan beg yang berfungsi sebagai pelengkap gaya.

Tidak ketinggalan, aksesori pilihan, topi penghalang sinar suria yang menjadi barangan wajib jika berkunjung ke kawasan tepi laut.

Mudah Koleksi baju denim lembut, ringan dan selesa sesuai untuk penampilan yang bergaya dengan mudah.

Ia termasuk pelbagai jenis linen dan kemeja kapas untuk pakaian serta siluet yang santai.

Laut Warga Paris sememangnya menggemari gaya laut pada musim bunga dan musim panas justeru, koleksi baharu itu menawarkan pelbagai rekaan berwarna biru laut menarik.

Koleksi yang menampilkan 45 fesyen pakaian dan aksesori itu boleh didapati di laman sesawang uniqlo.com dan bakal berada di 16 gedung jenama berkenaan di seluruh negara bermula 22 Februari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2021 @ 8:38 AM