ARKIB merangkumi sejarah 100 tahun jenama itu.
ARKIB merangkumi sejarah 100 tahun jenama itu.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


JENAMA barangan kemas dan aksesori mewah mampu milik terkenal dari Sepanyol, Tous meraikan ulang tahun ke-100 dalam industri ini.

Dalam tempoh berkenaan, ia menembusi pasaran global dengan membuka lebih daripada 700 butik di 50 negara serata dunia.

Berada di bawah naungan Kumpulan Habib yang turut menjadi pengedar tunggal di negara ini, jenama itu mendapat banyak permintaan penggemar barang kemas yang menginginkan rekaan berlainan daripada di pasaran.

Di Malaysia, ia mempunyai dua butik iaitu di pusat beli-belah Pavilion dan Sunway Pyramid serta satu kedai 'flagship' yang bertempat di pusat beli-belah Suria KLCC.

ARKIB dan muzium sejarah Tous di Manresa, Sepanyol yang dibuka untuk tatapan umum.
ARKIB dan muzium sejarah Tous di Manresa, Sepanyol yang dibuka untuk tatapan umum.

Perniagaan yang menjadi legasi sejak 1920 itu cukup menekankan budaya korporat supaya 4,000 kakitangan professionalnya kekal komited dan sentiasa kreatif.

Tidak hanya memasarkan barangan kemas, jenama itu turut memberi fokus kepada pengeluaran jam tangan dan mempraktikkan pengurusan perniagaan yang beretika.

Sebagai satu daripada ahli 'Responsible Jewellery Council' (RJC), jenama itu membuktikan bahawa penghasilan barangan kemas dan aksesori boleh mencapai piawaian standard ditetapkan.

Misi jenama itu adalah untuk menjadi jenama yang mempunyai rekaan menarik dan menjadi pilihan utama pelanggan.

KEDAI ‘flagship’ yang bertempat di pusat beli-belah Suria KLCC.
KEDAI ‘flagship’ yang bertempat di pusat beli-belah Suria KLCC.

Manakala visi jenama berkenaan adalah untuk menjadi barangan kemas mewah pada harga mampu milik.

Sempena sambutan ulang tahun berkenaan, ia turut membuka arkib dan muzium sejarahnya di Manresa, Sepanyol untuk tatapan umum.

Ia merangkumi sejarah 100 tahun jenama itu melalui koleksi gambar dan dokumen yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 6:07 AM