PUREEN Liquid Cleanser dirumus khas dengan surfaktan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.
PUREEN Liquid Cleanser dirumus khas dengan surfaktan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Pureen Liquid Cleanser dirumus khas dengan surfaktan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Ia membantu membersih dan menanggalkan kotoran serta lemak susu pada peralatan makanan atau aksesori bayi lain termasuk alat mainan secara mudah.

Anda hanya perlu mencampurkan setengah sudu teh Pureen Liquid Cleanser ke dalam seliter air. Seterusnya rendamkan produk aksesori bayi dalam larutan, cuci dan bilas dengan air yang bersih.

Malah Pureen Liquid Cleanser mudah dibilas, ia tidak membantu meninggalkan sebarang sisa yang berbahaya. Rumusannya yang lembut ini juga melindungi tangan pengguna supaya tidak menjadi kering.

Pada masa sama Pureen Liquid Cleanser juga sesuai diguna untuk membersih sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ujian membuktikan bahawa Pureen Liquid Cleanser berkesan menanggalkan lebih daripada 99 peratus racun perosak yang biasa digunakan pada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pureen
Pureen

Anda hanya perlu mencampurkan suku sudu teh Pureen Liquid Cleanser ke dalam lima liter air. Seterusnya rendamkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam larutan selama lima minit, cuci dan bilas dengan air yang bersih.

Menariknya Pureen Liquid Cleanser mempunyai tiga varian iaitu tanpa perisa, perisa oren dan perisa pudina. Ia terdapat dalam pek botol 750 mililiter (ml) dan pek isi semula 600ml.

Dapatkan Pureen Liquid Cleanser di pasar raya besar, pasar raya, gedung serbaneka, kedai ubat dan farmasi. Sila layari www.pureen.com.my untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 10:46 AM