PAKAIAN berona merah jambu mampu menonjolkan ketenangan dan rehat.
PAKAIAN berona merah jambu mampu menonjolkan ketenangan dan rehat.
Hafiz Ithnin


MESKIPUN ketika ini ada yang bekerja dari rumah, namun ada juga yang perlu menjalani rutin biasa ke pejabat hingga kadangkala buntu memilih rona dan pakaian yang sesuai

Penganalisis Fesyen, Profesor Dr Zuhaili Akmal Ismail berkata, dengan apa yang ada anda dapat melahirkan ekspresi diri melalui suai padan busana. Konsep 'mix and match' ini akan menjadikan anda lebih berani dan katakan ya kepada fesyen lestari.

Katanya, pilihan pakaian yang sedia ada memberi peluang untuk anda menyokong kemajuan kelestarian fesyen yang mesra alam dan cara bijak untuk mengelakkan diri daripada membazir wang dengan membeli pakaian baharu untuk ke pejabat.

"Pastikan apabila anda ingin mencuba penampilan baharu ke pejabat, eksprementasi berdasarkan dua panduan berikut, iaitu pertama warna, kekalkan tiga warna sahaja. Dua warna asas seperti krim dan putih selain warna pilihan anda. Kedua, siluet pakaian anda dan ketiga material.

BLAUS rona putih digayakan pada Isnin supaya tampak positif.
BLAUS rona putih digayakan pada Isnin supaya tampak positif.

"Warna krim dan putih adalah warna selamat untuk disuai padan dengan warna pilihan anda. Psikologi warna pilihan boleh mencerminkan karakter atau mood anda," katanya.

Tambahnya, suai padan dengan rona putih untuk Isnin akan memberikan semangat baharu kepada anda ke pejabat selepas hujung minggu berakhir.

"Malah suntikan rona putih ini menampilkan pe

rsonaliti si pemakai sebagai seorang yang positif dan bersedia untuk menyahut cabaran baharu. Padankan dengan jaket dan seluar earth tone untuk tampil serba minimalis dan moden.

"Kemunculan warna merah untuk Selasa pasti akan memberi anda tenaga untuk tugasan seterusnya. Malah rona merah ini sama ada di aksesori tas tangan atau kasut tinggi anda akan terserlah dan pasti ramai akan memuji dengan penampilan anda.

"Rona merah ini diseimbangkan dengan blaus putih dan juga warna hitam bagi tidak keterlaluan untuk ke pejabat," katanya.

Dr Zuhaili berkata, sentuhan rona hijau dan biru dapat memberi ketenangan serta kesinambungan kepada hari anda. Malah sekiranya anda tertekan dengan tugasan di pejabat lengkapkan busana dengan sentuhan hijau.

"Kedua-dua rona ini memberi gambaran si pemakai boleh dipercayai dan bijak berkomunikasi.

"Malah pakar psikologi juga percaya busana dengan rona hijau dan biru sangat sesuai untuk temu janji kerja yang meyakinkan," katanya.

MIX and match kemeja polos dan jaket saiz besar bercorak mampu melahirkan gaya menarik ke pejabat.
MIX and match kemeja polos dan jaket saiz besar bercorak mampu melahirkan gaya menarik ke pejabat.

Jelasnya, padanan warna itu turut sesuai untuk dipakaikan pada Rabu di pertengahan minggu. Sekiranya anda kelihatan kusam dan perlukan semangat baharu untuk mulai hari anda, pilihlah rona kuning untuk Khamis.

"Jangan risau dengan rona itu, kerana spektrum kuning ini mempunyai palet seperti kuning mentega, kuning lemon, mustard dan pelbagai lagi.

"Paling penting pastikan anda mencuba pelbagai tona kuning yang bersesuaian dengan rona kulit anda. Bagi rona kulit sawo matang, pilihan anda adalah tona kuning terang atau mustard dan pastikan pilihan warna ini hanya untuk blaus atau aksesori anda sahaja," katanya.

Ujarnya, pilihan rona ini akan kelihatan mewah di rona kulit sawo matang. Untuk rona kulit kuning langsat, tona cerah seperti kuning lemon akan kelihatan segar. Warna ini akan menarik perhatian umum dan membuatkan anda lebih 'bold,' kreatif dan yakin.

"Anda semakin hampir untuk berehat di hujung minggu dan pilihan tona yang sesuai adalah merah jambu. Warna merah jambu ini sinonim dengan mood romantis, segar dan tenang.

"Malah sekiranya anda bukan penggemar tona merah jambu, cuba suai padan warna-warna pastel untuk Jumaat. Warna pastel ini akan membuat si pemakai lebih tenang dan tenang. Malah personaliti anda akan terserlah dengan warna pastel dan kelihatan feminin serta ceria," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 6:09 AM