JANGAN ambil mudah terhadap tekanan emosi selepas bersalin.
JANGAN ambil mudah terhadap tekanan emosi selepas bersalin.
Muhamaad Razis Ismail

Kelahiran bayi adalah saat indah yang dinanti-nantikan setiap pasangan suami isteri.

Namun, saat indah ini boleh bertukar menjadi tragedi hitam kepada si ibu disebabkan tekanan emosi selepas bersalin iaitu 'postpartum depression' atau nama lain yang diberikan masyarakat Melayu ialah penyakit angin meroyan.

Pemilik Tisas Academy, Hartini Halim berkata, selepas sembilan bulan mengandung dan menghadapi pelbagai perubahan hormon, tempoh berpantang amat diperlukan untuk memastikan keseimbangan hormon yang stabil serta emosi yang tenang.

Katanya, setakat ini punca sebenar angin meroyan tidak diketahui, tetapi ramai percaya bahawa perubahan fizikal dan hormon yang dramatik dalam badan ibu mungkin mencetuskan perubahan kimia dalam otak yang mengakibatkan kemurungan.

"Jika kemurungan tidak hilang dalam dua minggu, besar kemungkinan anda akan mengalami sesuatu yang lebih teruk, dinamakan tekanan lepas bersalin atau kemurungan postnatal.

"Segera dapatkan bantuan perubatan kerana jika dibiarkan berlanjutan, ia boleh membawa kesan negatif dan memburukkan keadaan hingga menjejaskan pengalaman anda sebagai ibu," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

SINGLE Terakhir Buat Teman menampilkan duet bersama Hazama.
SINGLE Terakhir Buat Teman menampilkan duet bersama Hazama.

Menurutnya, suami atau orang di sekeliling harus memainkan peranan yang penting untuk menjaga emosi ibu berpantang bagi mengelakkan daripada berlakunya meroyan.

"Suami sangat membantu mengawal emosi si ibu. Jangan malu untuk berkongsi perasaan dan emosi dengan suami.

"Apabila anda berkongsi apa yang dirasakan, maka rasa tekanan akan berkurang. Jika anda rasa ingin menangis, menangislah sepuas hati," katanya.

Beliau berkata, menangis adalah satu bentuk komunikasi dan terapi yang boleh membantu melegakan ketegangan dan tekanan.

TIDAK gentar biarpun berdepan dengan lawan yang lebih berpengalaman.
TIDAK gentar biarpun berdepan dengan lawan yang lebih berpengalaman.

"Menahan perasaan hanya akan memanjangkan kemurungan," katanya.

Mengulas lanjut, ibu lepas bersalin haruslah mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya.

"Kekurangan tidur boleh memburukkan lagi keadaan. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kekurangan tidur menyebabkan pusat emosi dalam otak menjadi 60 peratus lebih reaktif.

Jadi, carilah masa untuk berehat. Melelapkan mata walau 10 minit sekali pun dapat menceriakan ibu," katanya.

Tambahnya, waktu rehat ketika tempoh berpantang sebaik-baiknya ketika bayi anda sedang tidur.

PENGALAMAN Muhammad Danial Akmal (kiri) bersiaran langsung dari Auditorium RTM.
PENGALAMAN Muhammad Danial Akmal (kiri) bersiaran langsung dari Auditorium RTM.

"Ini kerana rehat adalah tempoh pemulihan yang sangat penting," katanya.

Selain menjaga emosi, ibu juga harus menjaga pemakanan ketika berpantang dengan makan makanan yang berkhasiat.

"Pentingnya makanan yang sihat adalah supaya badan kita cepat sihat dan tenaga cepat pulih selepas melahirkan anak. Hal ini juga untuk memastikan luka bersalin yang dialami cepat sembuh.

"Jika luka cepat sembuh maka si ibu berasa lega dan lebih selesa untuk bergerak. Jadi, si ibu tidak terlalu memikirkan kesakitan yang dialami sekali gus berasa lebih gembira sepanjang tempoh berpantang," katanya.

Jelasnya, memandangkan masa berpantang adalah tempoh pemulihan ibu selepas melahirkan anak, sangat penting untuk ibu itu sendiri berpantang bagi menjaga emosi, fizikal dan pemakanan untuk baik pulih secara holistik.

"Penjagaan selepas bersalin seperti urutan, bertangas membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan kesakitan otot dan berbengkung untuk membentuk semula bentuk badan supaya ibu lebih yakin selepas tamatnya berpantang," katanya.

MENERIMA watikah pelantikan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar 2019/2020.
MENERIMA watikah pelantikan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar 2019/2020.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 6:15 AM