FESYEN era 70an kembali ke pentas peragaan antarabangsa dalam nafas baharu.
FESYEN era 70an kembali ke pentas peragaan antarabangsa dalam nafas baharu.
Dr Zuhaili
Dr Zuhaili
Hafiz Ithnin


KALAU mengemas almari ibu atau bapa anda, terjumpa pula seluar era agogo mereka, Jangan buang! Kerana celana yang sinonim dengan nama

bell bottom atau cut bay itu boleh menjadi salah satu elemen di dalam konsep boho chic moden yang kini menjadi perhatian di pentas peragaan antarabangsa.

Perkara itu yang dikongsikan Penganalisis Fesyen, Profesor Dr Zuhaili Akmal Ismail apabila mengakui tema vintaj itu kembali mewarnai fesyen trend terkini dan dijangka terus mendapat perhatian sehingga 2021.

Jelasnya, koleksi gaya itu menjadi perbualan pemain industri fesyen antarabangsa memandangkan baru-baru ini sebuah jenama fesyen terkemuka dunia mengembalikan konsep boho chic moden dalam koleksi terbaharu mereka di dalam acara Musim Luruh-Panas Paris Fashion Week 2020.

"Pereka fesyen Dior, Maria Grazia Chiuri, tampil yakin dengan koleksi busana yang mengetengahkan konsep, 'Heal' yang diinspirasikan lukisan asal pereka Christian Dior untuk koleksi Jepun pada 1957.

LONGGAR dan menutupi tubuh badan antara elemen Boho Chic boleh dipadankan untuk wanita bertudung.
LONGGAR dan menutupi tubuh badan antara elemen Boho Chic boleh dipadankan untuk wanita bertudung.

"Koleksi busana kali ini mengusung tema vintaj era 70-an, motif etnik dengan fabrik seperti chiffon, linen dan cotton nyata kelihatan selesa bagi mereka yang ingin tampil ringkas.

"Trend yang nyata dilihat di dalam koleksi busana Dior adalah potongan longgar dan juga potongan baju yang tidak menampakkan susuk tubuh si pemakai, malah labuh.

"Gaya boho chic ini juga sesuai dengan cuaca di Malaysia dan wanita berhijab. Tidak lagi mementingkan pemilihan busana yang sibuk dengan perincian yang pelbagai, keselesaan menjadi pilihan untuk koleksi jenama antarabangsa itu. Malah ramai yang meramalkan arus kini itu bakal menjadi pilihan pelanggan sehingga tahun depan," katanya.

Katanya, definisi Heal bagi Churi adalah untuk memberi harapan pasca Covid-19 kepada penggemar fesyen untuk bergaya dengan santai.

GAYA Boho chic yang menggunakan corak fabrik lebih ringkas.
GAYA Boho chic yang menggunakan corak fabrik lebih ringkas.

"Malah pemilihan fabrik ikat dari Indonesia digunakan untuk beberapa busana peragaan yang ditampilkan dan digabungkan dengan jaket kimono.

"Churi juga cuba untuk mengeksplorasi penerapan teknik Shibori tie-dye yang didominasi warna monokromatik.

Blouse bohemian yang dipadankan dengan celana motif cut bray dan juga kemeja putih atau lebih dikenali sebagai boyfriend shirt boleh menjadi inspirasi wanita di Malaysia supaya tampil persis peragaan itu," katanya.

Tambahnya, celana cutbray selalu menjadi pilihan kerana memudahkan pergerakan. Wanita berhijab boleh memilih blouse bohemian dengan tona bumi dipadankan dengan hijab polos warna senada.

GAYA wrap yang sinonim dengan Boho Chic.
GAYA wrap yang sinonim dengan Boho Chic.

"Boho chic asalnya selepas Revolusi Perancis lewat abad ke-18. Kemudian, ia kembali semula pada era 70-an selepas Perang Dunia Kedua, apabila golongan hippie 'peace, no war, only love' mula muncul dan digemari oleh golongan muda pada masa itu.

Katanya, jika pada era awal 2000 kehadiran corak fabrik lebih bermotifkan flora atau kerawang yang sarat dan berwarna warni, pada tahun ini, ia membawa corak fabrik yang lebih polos dan tampak ringkas.

"Asasnya pemakaiannya masih sama iaitu mempunyai pakaian yang berlapis sama ada dipadankan dengan kimono wrap atau maxi dress.

Tambahan, dalam edisi arus kini, ia boleh juga disarungkan dengan jaket kulit bersama seluar cut bay yang kelihatan lebih ranggi.

CORAK Boho Chic yang menonjol tetap menjadi pilihan pereka antarabangsa.
CORAK Boho Chic yang menonjol tetap menjadi pilihan pereka antarabangsa.

"Jadi, bagi wanita yang bertudung yang sememangnya tidak pernah ketinggalan dalam berfesyen trend kini, mengenakan konsep boho chic boleh menjadi salah satu pilihan kerana ia bersifat longgar dan menutup bentuk badan si pemakai. Apatah lagi, ia begitu selesa untuk dipakai sepanjang hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 6:40 AM