TEKNIK ‘shading’ di hidung dan pipi untuk pastikan wajah tampak lebih menawan.
TEKNIK ‘shading’ di hidung dan pipi untuk pastikan wajah tampak lebih menawan.
PENAMPILAN kemas dan menawan yang menambat hati.
PENAMPILAN kemas dan menawan yang menambat hati.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

LAIN orang lain caranya. Ada yang memilih untuk tampil bersolek namun ada juga yang lebih selesa berwajah polos tanpa secalit solekan ketika melangkah ke pejabat setiap hari.

Namun perlu diakui bahawa imej yang baik dan menawan dengan penampilan manis antara faktor mendorong seseorang itu mudah didekati sesiapa saja terutama untuk urusan harian.

Jurusolek profesional yang mempunyai pengalaman lebih 13 tahun dalam bidang itu, Zaqyah Rosdza berkata, solekan antara faktor yang boleh menaikkan semangat dan keyakinan diri wanita tidak kira di mana juga mereka berada.

Kata Zaqyah yang aktif melakukan kelas solekan selain sering terbabit dalam industri perfileman,

meskipun setiap individu ada pandangan tersendiri, namun baginya solekan antara perkara penting buat wanita untuk ke pejabat setiap hari.

BERSIHKAN wajah sebelum memulakan solekan.
BERSIHKAN wajah sebelum memulakan solekan.

SELEPAS memakai primer, sapukan bedak asas jenis cecair dan ratakan seluruh wajah.
SELEPAS memakai primer, sapukan bedak asas jenis cecair dan ratakan seluruh wajah.

SAPUKAN bedak padat dengan sekata ke seluruh wajah.
SAPUKAN bedak padat dengan sekata ke seluruh wajah.

"Tidak perlu mengenakan solekan tebal kerana ia tidak sesuai untuk penampilan harian terutama ke pejabat.

"Tetapi, memadai dengan solekan asas yang ringkas selain menjaga kulit wajah dan penampilan.

"Ia sudah cukup untuk meningkatkan keyakinan diri terutama ketika bertemu orang ramai," katanya.

Mengulas lanjut, lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2, Amaniz Makeup Academy, Johor itu berkata, untuk wanita berkulit cerah, rona cerah, lembut dan semula jadi boleh dijadikan sebagai asas solekan terutama dalam pemilihan bedak asas, pembayang mata dan pemerah pipi.

Manakala bagi yang berkulit gelap atau sawo matang pula, rangkaian rona pertengahan boleh dijadikan pilihan untuk bedak asas, peach (gincu bibir dan pemerah pipi), coklat gelap (pembayang mata) serta merah jambu untuk gincu bibir.

PILIH pembayang mata daripada rona coklat lembut jika berkulit cerah dan coklat gelap untuk berkulit gelap atau sawo matang.
PILIH pembayang mata daripada rona coklat lembut jika berkulit cerah dan coklat gelap untuk berkulit gelap atau sawo matang.

PAKAI maskara untuk menyerlahkan lagi solekan.
PAKAI maskara untuk menyerlahkan lagi solekan.

PEMERAH pipi penting untuk menaikkan lagi seri solekan.
PEMERAH pipi penting untuk menaikkan lagi seri solekan.

8-11 GAYAKAN rambut supaya penampilan lebih menawan.
8-11 GAYAKAN rambut supaya penampilan lebih menawan.

Katanya, selain berani mencuba pelbagai gaya baharu, setiap wanita juga perlu tahu asas dan teknik solekan.

Ia bagi memastikan solekan yang dihasilkan tidak kelihatan janggal atau keterlaluan.

"Banyak kelas solekan asas dan teknik tertentu yang kini boleh dipelajari di Internet, lebih penting pilih yang sesuai dengan penampilan kita.

"Apapun penggunaan produk berjenama mahal tidak membantu anda mendapat hasil diinginkan sekiranya teknik solekan tidak dipelajari," katanya.

Bagi yang ingin mencuba solekan ke pejabat daripada Zaqyah, berikut adalah langkah demi langkah yang boleh diikuti dan ia turut dipadankan dengan gaya rambut yang ringkas.

Solekan berkenaan boleh disiapkan dalam masa kurang daripada 30 minit dan sesuai untuk mereka yang sering kesuntukan masa ketika bersiap ke pejabat. Selamat mencuba!

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 7:01 AM