SEJAK kecil anak Norzila didedahkan dengan pengurusan di dapur.  FOTO: Ihsan Dr Norzila Zakaria
SEJAK kecil anak Norzila didedahkan dengan pengurusan di dapur. FOTO: Ihsan Dr Norzila Zakaria
Muhamaad Razis Ismail

AKTIVITI memasak sering dikaitkan dengan wanita. Kemahiran ini diajar sejak daripada kecil supaya mereka tidak kekok berada di dapur.

Kebiasaannya, kanak-kanak lelaki sering 'terlepas' untuk ke dapur apabila lebih diberikan kebebasan melakukan aktiviti lebih lasak seperti bermain, mengikut bapa ke kebun dan sebagainya.

Masih ada, dalam kalangan ibu bapa yang berpendapat kanak-kanak lelaki tidak perlu diberi pendedahan kemahiran memasak berbanding kanak-kanak perempuan.

Malah ada yang memberikan tanggapan negatif terhadap anak lelaki yang cenderung dengan aktiviti memasak boleh membentuk karakter lembut dan sebagainya.

Stereotaip bahawa hanya kanak-kanak perempuan yang sesuai ke dapur untuk belajar masak masih lagi wujud dalam masyarakat kita hari ini.

Pakar psikiatri, Dr Norzila Zakaria berkata, lazimnya dalam persekitarannya untuk mengajar anak lelaki memasak di dapur adalah perkara jarang berlaku.

SINGLE Terakhir Buat Teman menampilkan duet bersama Hazama.
SINGLE Terakhir Buat Teman menampilkan duet bersama Hazama.

"Saya dibesarkan ibu bapa yang wanita sentiasa berada di dapur dan lelaki akan menunggu hidangan.

"Bagaimanapun, saya berpandangan perkara ini perlu diubah.

"Oleh itu saya mengambil pendekatan berbeza terhadap dua anak lelaki Muhammad Hafizuddin Mohd Noor, 12 dan Muhammad Hishamuddin, 8 dengan memberi pendedahan awal terhadap kemahiran memasak," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, idea itu tercetus apabila beliau sering mendengar cerita mengenai kesukaran ibu bapa yang perlu meninggalkan anak mereka sendirian di rumah kerana berkursus atau berada di luar kawasan.

"Jadi, jalan penyelesaiannya saya nampak keperluan untuk beri pendedahan kemahiran memasak kepada semua anak termasuk lelaki sejak daripada kecil," katanya.

Tambahnya, sejak berusia tujuh tahun, anaknya sudah diberi pendedahan awal pengurusan di dapur.

SEMUA anaknya diajar masuk ke dapur sejak dari kecil.  FOTO: Ihsan Dr Norzila Zakaria
SEMUA anaknya diajar masuk ke dapur sejak dari kecil. FOTO: Ihsan Dr Norzila Zakaria

"Kini semua anak termasuk dua lelaki tidak kekok berada di dapur dan pada usia muda mereka sudah mampu menyiang ikan, memotong sayur-sayuran serta memasak pelbagai hidangan sendiri.

"Malah mereka juga mampu menghasilkan kek yang saya sendiri pun tidak tahu membuatnya untuk pelbagai majlis di sekolah," katanya.

Dr Norzila berkata, sebagai ibu bapa, ilmu keibubapaan memainkan peranan penting untuk memastikan perkembangan positif anak.

"Ini adalah sebahagian proses pembelajaran untuk membentuk kemahiran baharu kepada mereka yang sangat berguna di masa hadapan," katanya.

Mengulas lanjut, ibu bapa perlu bijak mencari masa yang sesuai untuk mengajak anak ke dapur.

"Latih mereka sejak dari kecil. Ketika berada di dapur masukkan unsur-unsur pembelajaran seperti sains dan matematik supaya mereka tidak bosan.

"Kena tahu apa yang anak suka ketika memasak, supaya dia faham bagaimana proses memasak dan pada masa sama berbual mengenai apa yang anak minati supaya dapat tarik minat mereka berada di dapur," katanya.

KECEDERAAN adalah perkara biasa yang terpaksa dihadapi atlet MMA.
KECEDERAAN adalah perkara biasa yang terpaksa dihadapi atlet MMA.

Katanya, apabila anak ingin lakukan sesuatu seperti memotong sayur-sayuran atau menyiang ikan, beri galakan supaya mereka rasa seronok berada di dapur.

"Sebagai contoh walaupun potongan sayur tidak cantik, beri penghargaan dan pujian untuk naikkan motivasi mereka, kemudian tunjuk jalan penyelesaian.

"Ini secara tidak langsung menimbulkan rasa seronok dan minat anak untuk kembali ke dapur selepas ini," katanya.

Tambahnya, bakat dan kemahiran adalah dua benda yang berbeza namun ibu bapa tidak boleh mengambil mudah.

"Jangan perlekehkan bakat dan kemahiran anak kerana kita sudah tetapkan sasaran tertentu untuk mereka.

"Jika anak suka memasak, terus berikan galakan kepada mereka, mana tahu mungkin suatu hari nanti, daripada minat ia boleh menjadi kerjaya di masa hadapan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2020 @ 7:00 AM