ELAK garu jerawat.  FOTO: Sumber Google
ELAK garu jerawat. FOTO: Sumber Google
Nurul Husna Mahmud

PEMAKAIAN pelitup muka dalam tempoh kawalan poenularan pandemik Covid-19 ini antara yang penting.

Bagi yang bekerja di barisan hadapan, pemakaian pelitup itu melangkaui tempoh lapan jam bukan satu tempoh selesa.

Jika ia tidak berganti dan material dipakai lebih tebal, komplikasi lain seperti radang kulit terutama jerawat boleh berlaku. Sebaiknya gantikan pelitup muka selalu dan dicuci bagi mengelak masalah jerawat.

1. Pilih pelitup muka yang mengikut standard dan tukar selalu

Jangan ulang pakai pelitup muka yang bukan kitar semula. Bagi yang berfabrik, sebaiknya cuci dan jemur untuk elak bakteria terkumpul serta menyebabkan masalah lain.

Bagi mereka yang kerap bersenam, elak pakai pelitup muka kerana ketika mudah berpeluh dan tiada pengudaraan baik pada permukaan kulit lebih mudah bakteria terkumpul, akhirnya menyebabkan jerawat terkumpul.

2. Elak garu jerawat

Kuku atau tangan antara ejen pemindahan bakteria aktif. Selepas pegang objek sekeliling kemudian garu jerawat pada muka boleh meninggalkan parut sukar sembuh.

Bagi menghindari kesan teruk sebaiknya latih tangan untuk tidak memegang muka terutama ketika musim pandemik ini. Biasakan juga mencuci tangan sebelum membelek atau memegang muka.

KESAN daripada pemakaian pelitup muka.  FOTO: Sumber Google
KESAN daripada pemakaian pelitup muka. FOTO: Sumber Google

3. Lakukan rutin penjagaan muka

Lagi kerap anda mengenakan pelitup muka, lagi mudah kulit merasa gatal kerana peluh dan sebagainya. Sebaiknya tingkatkan kadar cuci muka iaitu daripada dua hingga tiga kali sehari mengikut keperluan.

Gunakan juga serum atau krim pelindung muka bagi meningkatkan rintangan kulit kepada elemen kotoran lain seperti peluh dan bakteria daripada persekitaran atau yang menghinggapi pelitup muka.

4. Lembapkan kulit dengan pelembap mesra kulit atau bahan semula jadi

Minyak zaitun dan minyak argan antara pelembap boleh digunakan bagi yang mengalami masalah kulit kering ketara. Anda perlu teliti bagi mengelakkan pemilihan pelembap yang tidak sesuai kerana apabila terlalu menutupi liang kulit boleh menyebabkan masalah jerawat.

Pembersih kulit yang mengandungi kandungan kimia berat seperti asid hidroxyl atau retinol boleh menyebabkan kulit tidak selesa sehingga menyebabkan ia menjadi kemerah-merahan.

Dalam situasi itu, penjagaan kulit lembut diperlukan bagi mencuci selain mengekalkan pelembap sesuai untuk kulit. Seperti jenama Cetaphil iaitu pembersih kulit yang lembut membantu penjagaan kulit menyeluruh sesuai untuk kulit sensitif dan semua jenis kulit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 6:20 AM