MENGGUNAKAN material mudah urus dan selesa. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon
MENGGUNAKAN material mudah urus dan selesa. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon
Nurul Husna Mahmud

DILEMA sering dihadapi Muslimah ketika menjalani hidup aktif ialah memilih pakaian bersesuaian dengan aktiviti selain perlu patuh Syariah.

Bagi pilihan baju, tidak dinafikan terdapat pelbagai pilihan bersesuaian, cuma perkara kurang diteliti ialah pemilihan hijab ketika melakukan aktiviti senaman.

Seperti mengenakan pakaian sukan yang sesuai dengan keperluan aktiviti, hijab juga mempunyai elemen penting kerana ia menentukan keselesaan dan 'mood' positif sepanjang melakukan aktiviti sukan.

Contohnya pengalaman penulis sendiri ketika melakukan aktiviti pendakian, pernah mengalami masalah sehingga menjejaskan tahap 'endurance' disebabkan fabrik tudung atau hijab dikenakan kurang sesuai.

Rasa haba terperangkap selain peluh tidak diserap dengan baik menyebabkan impak seperti pening dan mual sehingga terpaksa menangguhkan perjalanan bagi melegakan situasi ketika itu.

Justeru tip penting dalam pemilihan tudung yang sesuai bagi aktiviti berkenaan perlulah memenuhi aspek berikut termasuk aliran udara baik bagi fabrik iaitu memastikan tidak panas dan selesa.

GAYA selesa apabila melakukan aktiviti aktif. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon
GAYA selesa apabila melakukan aktiviti aktif. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon

Selain itu fabrik atau material itu boleh menyerap peluh dengan baik. Lebih elok jika fabrik berkenaan cepat kering kerana wanita biasanya kurang selesa dengan tompokan peluh dan rasa basah.

Mungkin elemen lain perlu dinilai pereka busana Muslimah terutama bagi hijab sukan ialah rekaan mudah diurus dan digayakan meskipun dikenakan ketika bersukan. Jika melihat kepada aspek itu semestinya memberi kemudahan kepada Muslimah untuk tampil aktif dan selesa.

Berikut antara rekaan hijab sukan boleh cuba diteliti Muslimah yang sering melakukan aktiviti luar:

1. Sport Hijab by Nurd

MASIH boleh bergaya meskipun bertudung. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon
MASIH boleh bergaya meskipun bertudung. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon

NURD tampil dengan rekaan kemasan tindihan fabrik berbentuk V di bahagian kepala. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon
NURD tampil dengan rekaan kemasan tindihan fabrik berbentuk V di bahagian kepala. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon

Satu saiz yang boleh digayakan semua wanita kerana material memeri dan mudah digayakan.

Tudung ini menggunakan material Ultra-Light Microfiber Mesh yang mempunyai elemen sesuai untuk semua aktiviti sukan daripada yoga sehinggalah kepada yang ekstrem.

Menariknya terhadap kemasan seperti lipatan V pada perincian kepala memberi gaya lebih 'trendy' sesuai buat pemakai Muslimah aktif. Labuh tudung sehingga menutupi dada masih mematuhi peruntukan syariah.

Ia datang dalam tiga warna hitam, biru navy dan kelabu yang pastinya membuatkan selesa kerana ia tidak jarang dan mudah kering selain tiada kesan peluh ketara.

2. Kalenji Hijab, Decathlon

Hanya datang dalam satu warna tetapi mempunyai empat pilihan saiz daripada XS hingga L pastinya memberi nafas lega kepada wanita lebih cerewet dengan padanan yang selesa.

Potongan yang ringkas dengan material opaque sesuai kerana bukan sahaja terletak cantik di atas kepada ia juga selesa kerana membenarkan udara mengalir keluar dan masuk menerusinya.

Pemakai boleh memilih untuk mengenakan daripada aktiviti kering mahupun basah kerana ia juga ringan dan mudah kering.

3. Raqtive

Mempunyai lebih 15 rekaan dan menggunakan material premium mikrofiber cukup selesa digayakan baik ketika panas atau basah.

Potongan meskipun singkat berbanding rekaan hijab lain, namun ia masih patuh syariah dan labuh menutupi dada. Edisi popular dalam seleksi hijab sukan termasuklah Tigra 2.0

UNIK rekaan tudung seleksi sukan Raqtive. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon
UNIK rekaan tudung seleksi sukan Raqtive. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon

TUDUNGAN Kalenji sesuai untuk mereka mementingkan keringkasan. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon
TUDUNGAN Kalenji sesuai untuk mereka mementingkan keringkasan. FOTO: Ihsan Nurd, Decathlon

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2020 @ 6:30 AM