TIADA perasaan lain dapat diungkapkan selain bersyukur selepas disahkan mengandung (gambar hiasan)
TIADA perasaan lain dapat diungkapkan selain bersyukur selepas disahkan mengandung (gambar hiasan)
Hafiz Ithnin

TIGA kali kitaran melalui proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) atau bayi tabung uji, akhirnya rezeki memihak kepada wanita yang bukan nama sebenar Aida, selepas tujuh tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Wanita itu tidak mahu identitinya dipaparkan kerana merasakan masalah kesuburan yang dilaluinya dan suami terlalu peribadi. Apatah lagi, di dalam proses mengenal pasti masalah kesuburan didapati suaminya mengalami azoospermia iaitu air mani yang tidak mempunyai sperma.

Perkongsian kisahnya kepada pembaca Wanita Metro (WM) adalah bagi memberi semangat kepada pasangan di luar sana yang masih belum dikurniakan rezeki supaya tidak terus berputus asa menjalani rawatan bagi mendapatkan zuriat.

Aida berkata, dalam proses rawatan kesuburan suaminya perlu melakukan prosedur pengekstrakan sperma daripada buah zakar untuk mendapatkan sperma. Selepas itu, sperma akan digunakan untuk prosedur suntikan sperma intrasitoplasma (ICSI).

"Proses ini dicadang kepada lelaki yang tiada sperma di dalam air mani. Kemudian suami perlu melakukan prosedur 'percutaneous epididymal sperm extraction' (PESA) oleh pakar dengan menggunakan jarum melekat pada picagari ke dalam epidimis dan disedut perlahan-lahan cecair daripada epidimis.

SELEPAS tujuh tahun dan tiga kali pusingan rawatan IVF, akhirnya Aida selamat melahirkan bayi lelaki pada Hari Bapa baru-baru ini (gambar hiasan).
SELEPAS tujuh tahun dan tiga kali pusingan rawatan IVF, akhirnya Aida selamat melahirkan bayi lelaki pada Hari Bapa baru-baru ini (gambar hiasan).

"Ia biasa digunakan untuk lelaki yang menghadapi masalah pada saluran deferens vas. Sperma yang diambil dengan teknik ini hanya boleh digunakan bersama dengan rawatan ICSI untuk kaedah bayi tabung uji," katanya.

Lebih mencabar ketika suaminya menjalani rawatan berkenaan dia juga didapati mengalami komplikasi ubat-ubatan untuk kesuburan dirinya yang mengakibatkan 'ovarian hyperstimulation' (OHSS) dan memerlukan dia dipantau sepenuhnya oleh pakar.

Katanya, pakar menerangkan ia adalah komplikasi yang berlaku apabila ovari mengalami rangsangan berlebihan sehingga menyebabkan kesan negatif terhadap tubuh wanita, malah boleh menyebabkan maut.

Sementara itu, Perunding Kesuburan, Dr Tee Swi Peng berkata, simptom yang boleh dialami wanita sekiranya mengalami OHSS seperti perut membengkak atau kembung, sakit perut ringan dan rasa loya.

PELBAGAI cabaran diharungi Aida dan suami dalam rawatan IVF (gambar hiasan).
PELBAGAI cabaran diharungi Aida dan suami dalam rawatan IVF (gambar hiasan).

"Apabila OHSS dikesan doktor akan melakukan pemantauan lebih kerap dan rapi bagi menghentikannya daripada tidak berlanjutan ke tahap lebih serius yang boleh mengakibatkan komplikasi," katanya.

Menceritakan kembali, pada mulanya, Aida dan suami memulakan pusingan pertama pemindahan pembekuan embrio (FET) dia mengalami keguguran.

"Bagaimanapun, pada kali kedua disahkan hamil lagi melalui kitaran FET pada September 2019. Oleh kerana saya mempunyai FET, maka tidak lagi berlaku OHSS dan suami juga tidak perlu menjalani PESA.

"Pada 18 Jun 2020 jam 9 malam, bayi yang sihat selamat dilahirkan dan cukup yakin bahawa ini adalah hadiah sungguh bermakna sempena hari bapa yang lalu kerana bergelar bapa buat pertama kalinya," katanya mengakhiri perbualan.

AIDA dan suami mempunyai masalah kesuburan tersendiri.
AIDA dan suami mempunyai masalah kesuburan tersendiri.

SUAMI Aida mengalami masalah tidak mempunyai sperma (gambar hiasan).
SUAMI Aida mengalami masalah tidak mempunyai sperma (gambar hiasan).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 7:00 AM