Nikky mahu tingkat profesionalisme jururias serta tukang urut dalam menyokong industri kecantikan. FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan
Nikky mahu tingkat profesionalisme jururias serta tukang urut dalam menyokong industri kecantikan. FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan
Nurul Husna Mahmud

BERHASRAT mengangkat imej pemberi khidmat servis urutan selain jururias profesional antara misi berat digalas Naziah Pir Khan atau lebih mesra dengan panggilan Nikky.

Menurut Pengasas Ayor Spa di Tapah, Perak itu, sebelum ini tukang urut dilihat sebagai kerja kampung, sedangkan kemahiran dimiliki golongan itu diiktiraf dan penting dalam servis penjagaan kesihatan yang turut menjadi penyokong kepada industri spa.

Kata usahawan spa yang juga memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Pertubuhan Spa Malaysia (AMSPA) kerjaya tukang urut kini sudah dinaik taraf apabila mempunyai sijil diperakui dalam agensi kemahiran tempatan.

"Saya sebahagian pemain industri dalam spa melihat tanggungjawab adalah untuk beri kefahaman umum bahawa kami sebagai 'provider' dalam industri spa terutama tukang urut bertaraf profesional.

"Selayaknya umum memandang mereka ini serata dengan jururias lain kerana khidmat mereka penting dalam industri spa dan kecantikan," katanya.

MAHU latih lebih ramai usahawan spa tempatan. FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan
MAHU latih lebih ramai usahawan spa tempatan. FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan

SERING jadi tenaga pengajar. FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan
SERING jadi tenaga pengajar. FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan

Kata Nikky, cabaran terbesar mengenai industri atau pengusaha spa hari ini, pastinya Covid-19 apabila tidak dapat menjalankan perkhidmatan penuh sering diberikan kepada pelanggan.

"Ketika ini hanya servis rambut, rawatan kuku, tangan dan muka, selain perlu akur syarat ketat iaitu prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan pihak berkuasa.

"Memang banyak aspek terjejas terutama segi pendapatan, tetapi saya dan rakan pengusaha terima ia sebagai tanggungjawab kami dalam membantu kerajaan menangani wabak berkenaan," katanya.

Menceritakan perjalanan Nikky dalam industri itu, katanya, sudah 18 tahun bermula dengan khidmat andaman pengantin, perniagaan spa dilihat cabang perniagaan lebih relevan untuk diceburi apabila diiktiraf sebagai produk pelancongan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

"Saya bermula dengan perniagaan butik pengantin pada 2002 kerana ketika itu spa masih asing bagi rakyat tempatan.

"Pada 2011 saya mulakan khidmat spa dan sepanjang menawarkan khidmat berkenaan, pelbagai golongan sudah ditemui daripada profesional iaitu guru, ahli perniagaan atau petugas awam sehinggalah peniaga kecil yang sedar peranan kami," katanya.

KETIKA menerima anugerahkan Ikon Usahawan Wanita 2018 oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara). FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan
KETIKA menerima anugerahkan Ikon Usahawan Wanita 2018 oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara). FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan

Kata Nikky, dia gembira dengan pencapaian spa diusahakan apabila menerima 'ranking' tiga bintang dari MOTAC yang dilihat pencapaian tertinggi bagi premis persendirian diusahakan sebelum ini di pekan kecil Kampar.

Dalam ramai mengunjungi spa untuk dapatkan khidmat urutan dan tatarias kecantikan, Nikky tidak menafikan ada segelintir pihak mengambil kesempatan daripada servis ditawarkan pengusaha spa.

"Dari sudut positif perniagaan spa ini dilihat boleh membantu memperkasakan ekonomi isi rumah terutama wanita apabila kerap turun bekerjasama dengan agensi tertentu," katanya.

Malah, kata Nikky dia yang sudah membantu melatih lebih 100 pengusaha spa berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya.

"Sebenarnya ramai tidak sangka saya akan terbabit dalam karier kecantikan ataupun perniagaan spa kerana masa zaman sekolah saya seorang yang lasak.

AKTIF dalam pertubuhan usahawan mahupun pengusaha spa. FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan
AKTIF dalam pertubuhan usahawan mahupun pengusaha spa. FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan

"Ajakan kakak, Nina Fir Khan ketika saya berusia 19 tahun untuk ikut kursus kecantikan menjadi titik perubahan.

"Apatah lagi bapa dan ibu saya, Pir Khan Kibar dan Asiah khatoon Md Zaman juga berniaga dan mempunyai 10 anak lain yang ikut jejak berniaga menyebabkan saya memilih bidang perniagaan spa sebagai kerjaya.

"Jadi ilmu atau pengalaman sendiri termasuk nasihat yang saya dapat daripasa keluarga dan mentor, Norliza Othman serta Datin Ena dikongsi dengan anak didik," katanya berhasrat mahu memiliki hub merangkumi semua perkhidmatan spa dalam negara.

Ikon Usahawan Wanita 2018 itu turut merendah diri apabila mengakui masih tidak berhenti belajar dengan menghadiri konvesyen luar selain mengembara negara luar untuk lihat perkembangan industri spa di sana.

KELUARGA dorongan kuat Nikky. FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan
KELUARGA dorongan kuat Nikky. FOTO: Ihsan Nikky Pir Khan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 7:00 AM