PENAMPILAN diserlahkan lagi dengan solekan yang sesuai dengan usia.
PENAMPILAN diserlahkan lagi dengan solekan yang sesuai dengan usia.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

GADIS dan solekan sememangnya tidak boleh dipisahkan.

Baik hanya untuk bersantai atau majlis yang perlu disertai, pasti ada sahaja tema solekan ingin ditampilkan.

Begitupun, jika mengenakan solekan untuk sebelah siang, jurusolek berpengalaman, Aidawati Abdul Hamid menyarankan supaya tidak melupakan pelembap yang sesuai untuk kulit.

Selain itu, penyamar noda juga perlu disapu pada wajah bagi menyembunyikan cela.

"Tidak kira solekan untuk gadis muda atau wanita berusia, asas solekan adalah pemilihan bedak asas yang betul dan sesuai dengan kulit.

PAKAI pelembap sebelum mengenakan bedak asas jenis cecair dan penyamar noda.
PAKAI pelembap sebelum mengenakan bedak asas jenis cecair dan penyamar noda.

SAPUKAN bedak asas jenis serbuk untuk menghasilkan solekan lebih sempurna.
SAPUKAN bedak asas jenis serbuk untuk menghasilkan solekan lebih sempurna.

KEMAS dan bentukkan kening.
KEMAS dan bentukkan kening.

PILIH rona pembayang mata yang sesuai dengan warna kulit dan pakaian digayakan.
PILIH rona pembayang mata yang sesuai dengan warna kulit dan pakaian digayakan.

BENTUK garisan mata menggunakan penggaris mata roma gelap untuk menghasilkan solekan mata yang lebih bundar.
BENTUK garisan mata menggunakan penggaris mata roma gelap untuk menghasilkan solekan mata yang lebih bundar.

"Contohnya, bagi gadis berkulit cerah, bedak asas rona medium atau kuning langsat paling sesuai dijadikan pilihan," katanya.

Menurut Aidawati, wanita muda gemar mencuba pelbagai jenis solekan dan rona terutama yang hangat di pasaran.

Kata Aidawati, tidak salah untuk mencuba, tetapi biar solekan itu sesuai dengan usia, lebih-lebih lagi pakaian yang digayakan.

Katanya, untuk tampil ringkas dengan fesyen kasual misalnya, boleh memberi tumpuan kepada solekan di kawasan mata.

"Sapukan pembayang mata daripada rona yang tidak terlalu terang dan jangan ketinggalan aliskan maskara serta penggaris mata untuk menaikkan lagi seri solekan.

KEMASKAN alis bulu mata selepas memakai maskara.
KEMASKAN alis bulu mata selepas memakai maskara.

PEMERAH pipi tidak perlu terlalu terang untuk solekan siang hari.
PEMERAH pipi tidak perlu terlalu terang untuk solekan siang hari.

PILIH rona gincu bibir yang lembut dan bersesuaian untuk penampilan serta usia.
PILIH rona gincu bibir yang lembut dan bersesuaian untuk penampilan serta usia.

OLESKAN pelembap dan pengilat bibir.
OLESKAN pelembap dan pengilat bibir.

"Bagi penampilan lebih memukau, sapukan pemerah pipi rona samar, oleskan gincu bibir rona yang sesuai dan akhiri solekan dengan pelembap atau pengilat bibir.

"Solekan kasual untuk siang tidak terlalu rumit dan ia boleh disiapkan dalam masa 40 minit sahaja," katanya.

Berikut antara langkah demi langkah contoh solekan untuk si gadis yang boleh diikuti.

Aidawati berkata, solekan berkenaan sesuai untuk gadis yang berkulit cerah bagi menghadiri program kasual atau bersantai bersama teman mahupun yang tersayang pada sebelah siang. Selamat mencuba!

JURUSOLEK berpengalaman, Aidawati.
JURUSOLEK berpengalaman, Aidawati.

SOLEKAN menarik untuk si gadis ceria.
SOLEKAN menarik untuk si gadis ceria.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 7:00 AM