SAHUR berkhasiat dan berbuka dengan lazat bersama Dutch Lady susu kurma dan ros bandung edisi Ramadan.
SAHUR berkhasiat dan berbuka dengan lazat bersama Dutch Lady susu kurma dan ros bandung edisi Ramadan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

ATAS permintaan ramai, Dutch Lady membawa kembali susu berperisa kurma dan ros bandung sempena Ramadan.

Ia memberikan khasiat yang baik dan tambahan tenaga dengan rasa enak untuk membantu umat Islam menjalani ibadah puasa.

Diperbuat daripada ekstrak kurma dan ros sebenar, Dutch Lady Kurma dan Ros Bandung dihasilkan bagi memastikan umat Islam mendapat nutrisi secukupnya untuk kekal cergas dari sahur hingga waktu iftar terutama dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Tarang Gupta berkata, pihaknya memahami sambutan Ramadan tanpa keluarga tersayang mungkin satu cabaran mental mahu pun emosi.

Ia antara waktu yang digunakan umat Islam untuk merapatkan silaturrahim dan jurang antara keluarga dan teman rapat.

Katanya, pada tahun ini bazar Ramadan seluruh negara tidak dapat beroperasi dan susu ros bandung menjadi alternatif lebih sihat dan enak berbanding air yang dijual di bazar.

SUSU kurma dan ros bandung pilihan ramai.
SUSU kurma dan ros bandung pilihan ramai.

"Mulakan hari dengan susu kurma yang dapat membantu memberi tenaga berpanjangan untuk berpuasa sepanjang hari dan berbuka bersama segelas susu ros bandung pada waktu iftar bersama keluarga tersayang.

"Kami berharap dapat menggalakkan keluarga untuk memperkukuhkan hubungan pada waktu ini dengan Dutch Lady Kurma dan Dutch Lady Ros Bandung melalui tradisi menyediakan hidangan sahur serta iftar," katanya.

Dalam pada itu, siri Gupta berkata, #DLVirtualRamadan turut diperkenalkan bagi membolehkan komuniti berkongsi pengalaman dalam menyambut sambutan yang penuh bermakna dengan semangat perpaduan dan muhasabah diri.

"Ia bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara rakyat Malaysia ketika ramai merasakan hubungan sudah terputus disebabkan penjarakan sosial," katanya.

Siri Virtual Ramadan itu menyaksikan kolaborasi antara jenama tenusu nombor satu Malaysia dengan selebriti yang juga ibu, Syatilla Melvin dan Eina Azman sebagai hos.

Mereka bersiaran secara langsung di Instagram masing-masing untuk merapatkan diri bersama komuniti selain berkongsi persiapan ketika bersahur dan iftar.

Selain itu, penonton juga dapat bertanyakan soalan kepada Syatilla Melvin dan Eina Azman mengenai penyediaan Ramadan serta memenangi kit istimewa Ramadan daripada

Dutch Lady Susu kurma dan ros bandung kini boleh didapati di pasar raya, pasar besar serta platform e-dagang di seluruh negara, selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut berkaitan siri #DLVirtualRamadan, layari laman Instagram Dutch Lady di https://www.instagram.com/dutchladymy dan laman Facebook di https://www.facebook.com/dutchladymalaysia.

SIRI Virtual Ramadan kolaborasi Dutch Lady dengan Syatilla dan Eina sebagai hos.
SIRI Virtual Ramadan kolaborasi Dutch Lady dengan Syatilla dan Eina sebagai hos.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 6:30 AM