FLORENCE Tan menggunakan mentega tin Anchor untuk resipinya. FOTO Saifullizan Tamadi
FLORENCE Tan menggunakan mentega tin Anchor untuk resipinya. FOTO Saifullizan Tamadi
Nurul Husna Mahmud

TIADA rahsia dalam menjayakan penyediaan sesuatu resipi melainkan menggunakan bahan berkualiti, kaedah penyediaan betul selain kesabaran.

Itu dikongsi Chef Florence Tan apabila tampil dalam sesi demonstrasi termasuk menghasilkan kek lembab bersadur coklat istimewa bersama media, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia Jack Tan menyifatkan pihaknya tidak pernah berkompromi dalam memberikan produk berkualiti premium terhadap pengguna di Malaysia.

Dalam sesi demonstrasi itu lebih 20 pengamal media diberi kesempatan menyediakan resipi berasaskan mentega Anchor di bantu Florence Tan.

ENAK Kek lembap dengan saduran coklat istimewa menggunakan mentega Anchor. FOTO Saifullizan Tamadi
ENAK Kek lembap dengan saduran coklat istimewa menggunakan mentega Anchor. FOTO Saifullizan Tamadi

Kek Lembab dengan Saduran Coklat Istimewa.

Bahan A

a) 250 gram tepung

b) 75 gram koko

c) 1 sudu besar serbuk penaik

d) 1/2 sudu besar soda bikarbonat

e) 350 mililiter(ml) air

Bahan B

a) 275 gram Mentega Anchor (masin)

b) 350 gram gula kastor

c) 4 biji telur (saiz A)

d) 2 kuning telur

e) 2 sudu besar esen vanila

f) 1 sudu besar serbuk kopi campuran dikacau bersama 2 sudu besar air panas

Bahan Saduran Coklat Istimewa:

a) 80 gram Mentega Anchor (masin)

b) 150 mililiter Krim Masakan (Anchor)

c) 35 gram serbuk koko

d) 175 mililiter minyak masak

e) 195 mililiter susu pekat

f) 3 sudu besar ekstrak oren

g) 1/8 sudu besar garam

h) 1 sudu besar esen vanila

i) 1 sudu besar serbuk kopi campuran dikacau bersama 1 sudu besar air panas (terpulang)

PENYEDIAAN coklat untuk sadur pada kek oleh cef pembantu. FOTO Saifullizan Tamadi
PENYEDIAAN coklat untuk sadur pada kek oleh cef pembantu. FOTO Saifullizan Tamadi

Kaedah Penyediaanya:

Untuk kek:

1. Pukul menega dan gula kastor sehingga ringan dan kembang. Tambahkan telur dan kuning telur satu persatu pada adunan dan pukul.

2. Tambah esen vanila, bancuhan serbuk kopi segera dan pukul kembali selama 30 saat.

3. Campurkan bahan A bersilang dengan air sehingga selesai.

4. Bakar dalam acuan sudah digris dengan minyak atau mentega dan taburkan juga serbuk tepung secara nipis selama 40 hingga 50 minit dalam oven pada suhu 170 darjah Celsius.

5. Apabila masak, biarkan 10 minit sebelum dikeluarkan.

Untuk Saduran Coklat

1. Letakkan bahan campuran coklat dalam bekas keluli tahan karat (stainless steel) atas periuk berisi air. Kacau

2. Tukarkan api daripada sederhana rendah dan kacau coklat dengan sudip kayu selama 8-10 minit sampai ia pekat. Boleh semak kelikatan coklat seperti diperlukan dengan titiskan sedikit coklat saduran dalam air dan kalau tekturnya kekal 30 saat ia sudah sedia untuk hiasan.

3. Tuangkan di atas kek dan biarkan selama 25 minit. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk.

FLORENCE Tan menunjukkan rupa saduran sambil dibantu cef pembantu. FOTO Saifullizan Tamadi
FLORENCE Tan menunjukkan rupa saduran sambil dibantu cef pembantu. FOTO Saifullizan Tamadi

WAKIL media diberi peluang melihat penyediaan resipi. FOTO Saifullizan Tamadi
WAKIL media diberi peluang melihat penyediaan resipi. FOTO Saifullizan Tamadi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2020 @ 6:30 AM