MAINAN sesuai dapat tingkatkan imaginasi dan kreativiti.
MAINAN sesuai dapat tingkatkan imaginasi dan kreativiti.
Muhamaad Razis Ismail

BERMAIN adalah fitrah dan naluri kepada kanak kanak yang dikurniakan untuk perkembangan mereka.

Banyak kelebihan bermain yang memberi manfaat kepada kanak-kanak termasuk membantu perkembangan fizikal seperti kemahiran motor kasar, motor halus, keseimbangan, merangsang derianya dan membantu perkembangan emosi mereka.

Ia juga membantu merangsang dan meningkatkan daya imaginasi serta kreativiti anak.

Pempengaruh Keibubapaan, Dr Taufiq Razif berkongsi beberapa tip pemilihan mainan yang baik untuk anak-anak mengikut peringkat umur:

Usia bayi hingga dua tahun

1.Corak permainan yang merangsang deria mereka.

2.Kanak-kanak cenderung memilih mainan yang dapat menarik perhatian mereka, contohnya yang ada bunyi dan terang warnanya.

3.Cenderung memasukkan benda dalam mulut.

PADA usia dua tahun ke atas mereka suka bermain dengan imaginasi.
PADA usia dua tahun ke atas mereka suka bermain dengan imaginasi.

Usia dua hingga empat tahun

1.Mula tahu cara bermain yang lebih betul atau yang kita panggil sebagai ‘functional play.’

2.Mula tahu cara nak tendang dan membaling bola.

3.Mula tahu cara nak tolak kereta mainan dengan betul.

4.Pada umur ini juga mereka lebih suka bermain dengan imaginasi yang kita panggil sebagai ‘imaginary play.’

Usia empat hingga enam tahun

1.Mereka lebih cenderung untuk berlakon menjadi watak yang diminati contohnya menjadi superhero, doktor, polis dan bomba.

2.Permainan ini dikenali sebagai ‘role play.’

3.Pada fasa bermain ini juga mereka suka bermain pondok-pondok bersama kawan-kawan.

4.Ketika itu mereka akan memilih watak masing-masing dan setiap watak akan mempunyai peraturan tertentu. Itu yang kita namakan sebagai ‘cooperative play.’

PERMAINAN sesuai dapat merangsang deria anak berusia sehingga dua tahun.
PERMAINAN sesuai dapat merangsang deria anak berusia sehingga dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 6:30 AM