JATUH menutupi dada untuk mereka mencari tudung patuh syariah. FOTO Ihsan Jimmy Scarves
JATUH menutupi dada untuk mereka mencari tudung patuh syariah. FOTO Ihsan Jimmy Scarves
Nurul Husna Mahmud


PATUH syariah adalah syarat utama Muslimah dalam menentukan hala tuju berfesyen terutama pemilihan tudung.

Karakter tudung dikatakan patuh syariah ialah menutup dada selain tidak menampakkan rambut, warna kulit mahupun bentuk termasuk leher.

Dalam mengekalkan aspek penting, adakalanya pembuat tudung mahu pilihan selamat iaitu tampil material kosong dan gelap.

Sedangkan penambahan seperti perincian motif betul, material sesuai dengan potongan labuh yang wajar boleh membantu menempatkan pemakai tampak sofiskated.

Itu antara mahu ditonjolkan jenama JIMMYSCARVES menerusi pemakainya yakni Muslimah kontemporari moden.

Menurut Pengarah Jimmy Global Sdn Bhd, Muhammad Azim Mat Noor koleksi sesuai dengan kumpulan sasaran iaitu wanita yang bekerjaya dalam linkungan 27 hingga 50 tahun.

“Pilihan tudung yang ada dalam pasaran terhad dan tidak mengikut perkembangan trend semasa terutama prospek wanita yamg mencari pilihan tudung labuh.

“Dalam koleksi tudung saya hasilkan motif itu sendiri sudah ada elemen ‘kejutan’ kerana motif adalah tempah khas kerana mahu pemakainya berasa eksklusif,”katanya.

Dalam memberi keselesaan, kata Jimmy, tudung menggunakan sifon crepe dan fabrik kapas lembut sebagai litupan bahagian depan tudung supaya mudah dibentuk.

“Potongan tudung tidak terlalu singkat selain ada seleksi tampil dengan elemen tambahan iaitu material tidak perlu digosok untuk memudahkan pelanggan,” katanya turut memaklumkan pelanggan boleh mendapatkan bawal pada bidang besar 50 dan 60 mengikut koleksi tertentu.

FLORA antara motif sesuai untuk hijab wanita. FOTO Ihsan Jimmy Scarves
FLORA antara motif sesuai untuk hijab wanita. FOTO Ihsan Jimmy Scarves

PILIHAN warna tona yang menarik. FOTO Ihsan Jimmy Scarves
PILIHAN warna tona yang menarik. FOTO Ihsan Jimmy Scarves

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 6:15 AM