BOLEH lakukan sendiri di rumah.
BOLEH lakukan sendiri di rumah.
Nurul Husna Mahmud

TAHUKAH anda pencerah semula jadi untuk kulit wajah juga boleh didapati di dalam dapur? Percaya atau tidak, bahan masakan seperti kunyit mampu mencerahkan kulit.

Kandungan herba itu yang memiliki antioksida boleh memperlahankan kerosakan pada sel kulit selain boleh membantu menangani masalah kulit seperti jerawat, kering, ekzema atau psoriasis.

Langkah yang mudah penggunaan bahan terbabit dalam penjagaan kulit di rumah adalah dengan penyediaan pupur. Dikongsikan dua pupur yang boleh disediakan berasaskan herba terbabit:

i. Pupur khusus untuk terapi kulit sensitif dan terlalu kering

• 1 sudu besar lemon

• 3 sudu besar susu

• 1/4 sudu besar serbuk kunyit

Campurkan semua bahan dan digaul sehingga sebati. Letak dan sapu rapi sehingga menutupi keseluruhan wajah. Biarkan ia sekitar 20 hingga 20 minit sebelum dibilas.

KUNYIT antara herba penting merawat kulit.
KUNYIT antara herba penting merawat kulit.

ii. Pupur khusus untuk kesegaran dan ketegangan kulit muka

• 1 1/2 sudu besar kunyit segar sudah dikisar.

• 1 sudu besar madu organik

• 1 sudu besar santan

• 1 sudu kecil minyak oren

Letakkan kunyit dikisar bersama madu dan santan lalu dikacau sebati. Kemudian tambahkan minyak oren dan kacau sekali lagi. Jika mahukan bancuhan pupur tidak terlalu tebal, boleh laras menerusi pertambahan susu segar mengikut kepekatan diingini.

CAMPURKAN bahan yang boleh didapati dari dapur.
CAMPURKAN bahan yang boleh didapati dari dapur.

Perlu diingatkan cuci muka daripada kotoran mahupun solekan terlebih dahulu. Barulah pakaikan pupur keseluruh muka terutama bahagian yang mempunyai bekas jerawat atau tekstur.

Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. Boleh mengulang pakai untuk kesan lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 12:19 PM