CEF Azhar bersama menu Kari Kambing dari Dulang Emas Cafe. FOTO: Intan Nur Elliana Zakaria
CEF Azhar bersama menu Kari Kambing dari Dulang Emas Cafe. FOTO: Intan Nur Elliana Zakaria
Yusliza Yakimir Abd Talib


JEMU menjamu ayam dan ikan, apa kata sekali sekala ubah selera anda dengan menikmati hidangan daging kambing yang boleh dimasak pelbagai cara dari memanggang hinggalah juadah berkuah seperti kari serta gulai.

Kari kambing misalnya, antara hidangan yang cukup popular tanpa me-ngira bangsa selain terdapat di banyak restoran masakan kampung atau mamak.

Masakan yang berasal daripada India ini bukan saja popular di Malaysia bahkan beberapa negara jiran seperti di Indonesia, Brunei dan Singapura.

Bagaimanapun, di mana-mana restoran yang menyediakan hidangan ini pasti berbeza rasa dan cara pembuatannya bergantung kreativiti dan cita rasa masing-masing.

Cef Mohd Azhar Abdul Rahman atau Cef Sueha dari Restoran Dulang Emas berbesar hati berkongsi resipi istimewa kari kambing yang menjadi kegemaran keluarga dan pelanggan di restoran yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur itu.

Selain rasanya yang pedas, keistimewaan kari kambing Cef Sueha terletak pada kuahnya yang pekat dan penuh perisa ditambah pula dengan daging kambing yang lembut serta tidak berbau hamis.

Menurutnya, penting memilih bahagian kambing yang betul untuk memastikan dagingnya mudah empuk dan lembut supaya penyediaan masakan tidak mengambil masa yang lama.

Sueha turut berkongsi resipi kari kambing ilhamnya yang mudah disediakan sesiapa saja di rumah dan enak dihidangkan bersama roti canai atau nasi panas.

BAHAN-BAHAN

- 500 gram daging kambing

- 400ml air

- 100ml santan pekat

- Rempah ratus seperti halba, buah pelaga, jintan manis, jintan putih, biji ketumbar

- Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya

- Sedikit minyak untuk menumis

- Sedikit daun ketumbar

- 2 helai daun pandan

- 1 biji tomato (dibelah 4)

BAHAN PES:

- 200g rempah kari

- 30g serbuk cili

- 50g serbuk kunyit

- 10g serbuk ketumbar

- 10 g serbuk jintan manis

- 200g bawang merah

CARA PENYEDIAAN

1.SEDIAKAN bahan.
1.SEDIAKAN bahan.

2.PANASKAN minyak dan tumis pes hingga wangi.
2.PANASKAN minyak dan tumis pes hingga wangi.

3.MASUKKAN daging kambing dan biarkan antara lima ke 10 minit hingga empuk.
3.MASUKKAN daging kambing dan biarkan antara lima ke 10 minit hingga empuk.

4.MASUKKAN santan diikuti air dan biarkan mendidih.
4.MASUKKAN santan diikuti air dan biarkan mendidih.

5.TAMBAH gula, garam dan serbuk perasa.
5.TAMBAH gula, garam dan serbuk perasa.

6.TAMBAH rempah ratus.
6.TAMBAH rempah ratus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Julai 2019 @ 5:01 AM