PROJEK mampu milik, PangsapuriDuta Perintis turut termasuk dalam Skim SWITCH.
PROJEK mampu milik, PangsapuriDuta Perintis turut termasuk dalam Skim SWITCH.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


RAMAI berhasrat untuk memiliki kediaman sendiri namun disebabkan situasi ekonomi dan kekangan kewangan, kebanyakannya terpaksa menangguhkan hasrat itu.

Walaupun terdapat pelbagai insentif termasuk kempen pemilikan rumah dan tawaran pakej menarik oleh pemaju hartanah, hakikat yang sebenar bukan mudah untuk memiliki kediaman.

Memahami keperluan itu, pemaju IJM Land menyediakan pelbagai insentif, penjimatan dan manfaat terbaik di samping kempen yang menarik untuk memenuhi keperluan berbeza pembeli rumah.

Terbaharu, pemaju terbabit membentuk perkongsian strategik dengan RHB Bank Berhad (RHB) untuk menawarkan skim pembelian semula kepada pembeli dan pemilik rumah.

Skim yang menjadi pemangkin kepada penyelesaian kewangan inovatif pertama dalam industri hartanah dikenali itu dikenali sebagai SWITCH.

Kerjasama itu membolehkan SWITCH membantu pembeli rumah memulangkan semula hartanah kepada pemaju sekiranya mereka diberhentikan kerja oleh majikan secara tiba-tiba dalam tempoh perlindungan iaitu dari tarikh Perjanjian Jual Beli dan sehingga tempoh 12 bulan dari tarikh CCC (Sijil Siap dan Pematuhan).

Untuk itu, dua projek akan menjadi perintis kepada Skim SWITCH iaitu Savvy @ Riana Dutamas KL dan Duta Perintis Apartments @ Bandar Alam Suria.

KEMUDAHAN yang disediakan di Duta Perintis.
KEMUDAHAN yang disediakan di Duta Perintis.

Di bawah skim terbabit, maksimum 50 unit akan disediakan kepada pelanggan.

Savvy @ Riana Dutamas KL ialah kediaman servis pegangan bebas dengan saiz binaan antara 722 hingga 1,232 kaki persegi.

Ia terletak berhampiran dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur dan bersebelahan kawasan kejiranan berprestij seperti Mont' Kiara.

Harga permulaan hartanah berkenaan adalah dari RM540,000 dan pembangunannya di jangka siap menjelang 2024.

Duta Perintis pula adalah projek apartmen servis yang berkepadatan rendah yang berkeluasan kira-kira 850 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua tempat letak kereta khusus.

Ia dijual pada harga mampu milik bermula RM310,000, dan menjadi lokasi kediaman menarik bagi pencinta alam dan keluarga.

Ketua Pegawai Kewangan IJM Corporation Bhd, Datuk Edward Chong berkata, pihaknya sentiasa memberi tumpuan terhadap aspirasi rakyat Malaysia yang mahu memiliki kediaman.

"Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan impian mereka menjadi kenyataan.

"Ia memerlukan pakej nilai tambah, kempen unik, manfaat dan insentif yang diwujudkan bagi menjadikan pemilikan kediaman lebih mudah serta tidak membebankan untuk semua," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Perbankan Komuniti Kumpulan RHB Banking Group Jeffrey Ng Eow Oo berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama erat dengan pemaju hartanah terkemuka seperti IJM Land bagi membolehkan pelanggan membeli rumah idaman mereka.

Kata beliau, Skim SWITCH dapat membantu menangani beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh bakal pemilik rumah baharu,.

 CHONG (kiri) bersama Ketua Aset Terjamin RHB, Anuar Amin Ayob.
CHONG (kiri) bersama Ketua Aset Terjamin RHB, Anuar Amin Ayob.

Ia termasuklah kemungkinan pengangguran secara mengejut yang mungkin dihadapi pembeli pada masa hadapan.

"Skim menarik itu membolehkan mereka melangkah lebih yakin untuk memiliki kediaman sendiri," katanya.

Sementara itu, kempen tahunan, Living Masterpiece turut dilaksanakan dengan skim terbabit.

Menerusi kempen berkenaan, pemaju terbabit bersedia membantu bakal pembeli rumah memiliki kediaman idaman menerusi tawaran menarik dan ia akan disesuaikan dengan pelan pemilikan rumah mengikut gaya hidup serta keperluan mereka.

Sebagai nilai tambah, pemaju hartanah itu turut menawarkan konsep reka bentuk dalaman (hartanah terpilih) secara percuma kepada pembelinya dalam idea dan inspirasi mereka bentuk.

Pembeli juga akan meraih manfaat daripada skim pemilikan mudah terbaik, penjimatan hebat, pelbagai insentif bermula dari deposit rendah, yuran guaman pinjaman percuma, duti setem percuma ke atas MOT dan pakej kelengkapan percuma (terpakai kepada hartanah terpilih) serta tertakluk kepada terma dan syarat).

Kempen itu meliputi projek dalam pembinaan dan kediaman sedia diduduki di wilayah utara, tengah, Seremban, selatan dan Malaysia timur sehingga 31 Disember ini.

Pelanggan sedia ada juga boleh menyertai Program Priority, di mana mereka layak mendapat ganjaran sebanyak satu peratus (perak), 1.25 peratus (emas) dan platinum (1.5 peratus ) untuk pembelian hartanah baharu mereka.

Selain Inisiatif itu, banyak lagi pertimbangan lain ditawarkan dalam membentuk pakej holistik adalah untuk menjadikan pemilikan kediaman lebih mudah dan lancar bagi semua, sekali gus memberikan ketenangan fikiran kepada orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2022 @ 7:00 AM