VILA yang menawarkan pemandangan landskap hijau menakjubkan.
VILA yang menawarkan pemandangan landskap hijau menakjubkan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


RUMAH di kawasan tanah tinggi sememangnya menyajikan panorama lembah yang menghijau, nyaman dan segar.

Semua itu antara tarikan utama pembangunan kediaman terkini, Kemayan Heights oleh Setia Awan Group Wilayah Tengah di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Hamparan bukit bukau yang diselang-seli dengan rimbunan pepohon menghijau menyambut kepulangan selepas selesai bekerja seharian di ibu kota.

Ia ditambah dengan persekitaran kawasan kejiranan yang tenang dan sunyi itu sememangnya memberi keselesaan.

Terletak di atas tanah tinggi, perumahan itu menawarkan pemandangan landskap hijau yang menakjubkan.

Ia menjadi lokasi pembangunan 120 unit vila dua tingkat berkembar yang dibina di atas tanah seluas kira-kira 6.97 hektar.

Projek pembangunan perumahan itu berstatus pegangan bebas dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM125 juta.

Di situ, DNA unik syarikat pemaju itu dizahirkan dalam mewujudkan gaya hidup seimbang didedahkan menerusi perancangan rapi yang diterapkan dalam pembangunan projek berkenaan.

Bagi mengurangkan penggunaan tenaga, vila berorientasikan utara-selatan itu direka untuk membolehkan kemasukan pencahayaan semula jadi.

RUMAH yang luas dan selesa untuk seisi keluarga.
RUMAH yang luas dan selesa untuk seisi keluarga.

Luas binaan vila adalah dari 2,930 hingga 3,042 kaki persegi, yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan antara 3,203 hingga 5,758 kaki persegi dengan harganya bermula dari RM990,000.

Elemen reka bentuknya menggunakan seni bina yang menerapkan 'kebolehdiaman' dalaman dan luaran dengan semua unit memiliki kawasan rumput hijau sendiri.

Ruang hijau dan taman permainan kanak-kanak di perumahan itu memupuk konsep kehidupan komuniti penduduk sambil menerokai irama alam semula jadi.

Trek joging merentasi pembangunan kediaman manakala gimnasium luaran berfungsi sebagai kemudahan lain bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan bertenaga.

Pembangunan itu juga menyediakan dewan serbaguna di tengah-tengah kejiranan, sekali gus menggalakkan lagi acara kemasyarakatan dan kebersamaan, manakala tadika pula memberi kemudahan kepada ibu bapa keluar bekerja.

Perumahan itu menawarkan kehidupan komuniti berpengawal secara bersepadu sepenuhnya dengan sistem pengurusan hartanah yang tidak rumit.

Selain itu, ia turut dilindungi dengan sistem keselamatan canggih bagi mewujudkan pengalaman kehidupan yang benar-benar holistik.

Rumah ideal itu hanya kira-kira tiga kilometer dari pusat bandar Seremban 2 dan terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan.

DIREKA untuk membolehkan kemasukan pencahayaan yang semula jadi.
DIREKA untuk membolehkan kemasukan pencahayaan yang semula jadi.

DNA unik syarikat pemaju dalam mewujudkan gaya hidup seimbang didedahkan menerusi perancangan rapi yang diterapkan dalam rekaan rumah.
DNA unik syarikat pemaju dalam mewujudkan gaya hidup seimbang didedahkan menerusi perancangan rapi yang diterapkan dalam rekaan rumah.

Kawasan kejiranannya dipenuhi dengan institusi pendidikan seperti sekolah kerajaan, sekolah antarabangsa dan universiti.

Kemudahan perubatan juga berdekatan seperti Hospital Columbia Asia Seremban, Hospital Tuanku Jaafar, Pusat Penjagaan Kesihatan Sehat, Pusat Perubatan Pakar Kwan, Pusat Perubatan Mawar dan Hospital Pakar KPJ Seremban yang akan menangani sebarang kecemasan sekiranya perlu.

Ia juga berhampiran dengan pelbagai pusat beli-belah iaitu AEON S2, Lotus, Mydin, NSK, Palm Mall dan Pusat Beli-belah Terminal 1.

Bagi pencinta alam pula, mereka akan menikmati pelbagai landskap taman yang terletak di kawasan sekitar seperti Taman Rekreasi Rasah Kemayan, Taman Bandar S2, dan Taman Bukit S2 Seremban.

Dari aspek ketersambungan, perumahan itu memiliki akses yang baik kepada lebuh raya, contohnya Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Seremban-Bukit Nenas dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).

Jadi, jika melihat kepada hubungan antara semua elemen itu, adalah adil untuk menyatakan bahawa pembangunan perumahan itu mewakili titik halus di mana estetika dan kemudahan bergabung menjadi satu. Projek pembangunan menarik itu dijangka siap pada suku keempat 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2022 @ 7:00 AM