MENARA C Suria Garden @ Puchong.
MENARA C Suria Garden @ Puchong.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


RONA merah dan kuning mewarnai suasana di Suria Garden, Galeri Jualan Binastra, baru-baru ini.

Ia sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan pelancaran projek terbaru, Suria Garden @ Puchong oleh Binastra.

Acara selama dua hari itu mendapat sambutan memberangsangkan dan dikawal ketat mengikut piawaian prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Suria Garden @ Puchong sudah mencatatkan lebih 70 peratus kadar pembelian dan semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Jelas sekali, pembeli rumah mengiktiraf kedudukan utama projek itu dalam kawasan kejiranan matang di Puchong

Lokasi itu membolehkan penduduk mengakses pelbagai kawasan di seluruh Lembah Klang kerana ia mudah ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Kajang Seremban (KESAS) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) .

Terdapat juga stesen transit aliran ringan (LRT) yang berdekatan dan ia memberi pilihan menarik untuk memudahkan penduduk berulang-alik ke tempat kerja.

Dalam pada itu, Binastra Land turut mengumumkan pembukaan eksklusif Menara C Suria Garden yang terdiri daripada unit bilangan terhad rumah mampu milik di bawah kategori rumah mampu milik.

Rumah terbabit boleh dimiliki oleh mereka yang berpendapatan RM10,000 dan ke bawah.

Dengan keluasan 556 kaki persegi dan dua ruang tempat letak kereta, unit pegangan bebas itu ditawarkan pada RM270,000.

RUANG tamu yang selesa.
RUANG tamu yang selesa.

BILIK tidur dengan reka dalaman yang menarik.
BILIK tidur dengan reka dalaman yang menarik.

Pemaju turut menggunakan jubin lantai bersaiz 0.6 meter x 0.6 meter (2 kaki x 2 kaki) dalam pembinaan kediaman itu dan ia adalah bahan yang jarang digunakan dalam kategori rumah mampu milik.

Lebih istimewa, unit kediaman terbabit juga didatangkan dengan kemudahan separa perabot bagi membolehkan pembeli melalui proses berpindah masuk yang lancar.

Selain itu, penyaman udara turut dipasang di bilik tidur utama manakala pendawaian dan pemasangan paip juga sudah tersedia di ruang tamu serta bilik tidur kedua.

Untuk kemudahan pemiliknya, bilik mandi utama juga dilengkapi dengan skrin pancuran mandian dan pemanas air segera.

Melengkapkan lagi kediaman, kabinet dapur juga turut disediakan dengan dapur memasak dan hood.

Sementara itu, pembangunan kediaman biasanya mengasingkan pembeli rumah unit mewah daripada pembeli rumah mampu milik.

Namun, Binastra Land tidak mendiskriminasi mana-mana pembeli rumah.

Ini kerana penduduk Menara C juga dapat menikmati akses ke semua kemudahan di Menara A dan B.

Mereka juga berkongsi yuran penyelenggaraan yang sama iaitu sebanyak 35 sen setiap kaki persegi, termasuk 'sinking funds.'

Memandangkan unit Menara C berada di bawah kategori mampu milik, pembeli juga layak mendapat pinjaman 100 peratus dengan ansuran kira-kira RM1,000 sahaja sebulan.

Jadi, dengan semua kemudahan dan faedah yang disediakan, tidak ada sebab mengapa pembeli rumah tidak mahu memiliki alamat di Suria Garden.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 7:00 AM