SUNWAY Onsen Suites di lengkapi dengan pelbagai kemudahan di sekitarnya.
SUNWAY Onsen Suites di lengkapi dengan pelbagai kemudahan di sekitarnya.
Hafiz Ithnin


Sunway Onsen Suites yang dibangunkan Sunway Property mencatatkan penjualan 90 peratus untuk menara pertamanya yang mempunyai 252 unit kediaman.

Terletak di lokasi strategik di kawasan pembandaran Sunway City Ipoh, Tambun di Perak, Sunway Onsen Suites mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM500 juta.

Projek itu juga mempunyai latar belakang landskap hijau yang menarik kerana mempunyai elemen alam semula jadi.

Sunway Onsen Suites ditawarkan dalam empat variasi iaitu studio, dua bilik dan tiga bilik tidur dengan saiz bermula 592 kaki persegi hingga 1,184 kaki persegi. Selain itu turut ditawarkan ialah Onsen Villas dengan keluasan bermula 2,712 kaki persegi.

SUNWAY Onsen Suites mendapat perhatian pembeli.
SUNWAY Onsen Suites mendapat perhatian pembeli.

Projek berkenaan mempunyai keunikan tersendiri kerana ia mempunyai kolam air panas semula jadi di aras podium.

Di aras yang sama juga terdapat pelbagai kemudahan lain untuk gaya hidup pemiliknya iaitu kolam renang berkonsepkan inifiniti, dewan serba guna, bilik sauna, gimnasium dan taman.

Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh, Wong Wan Wooi berkata, pihaknya menawarkan ciri-ciri lokasi yang unik, dikelilingi persekitaran serba hijau dan pelbagai kemudahan lain di Sunway City Ipoh yang menyediakan kemudahan kepada penduduk.

"Pembeli dalam segmen pelabur juga mempunyai minat dalam projek ini kerana ia mempunyai potensi pulangan modal kerana ia mempunyai ciri seperti resort.

MEMPUNYAI kolam air panas semulajadi.
MEMPUNYAI kolam air panas semulajadi.

"Malah, ia juga mempunyai konsep seperti pembandaran pelancongan dan menjadi destinasi penduduk yang ingin bersara," katanya.

Jelasnya, projek itu terletak di dalam pembangunan integrasi di Sunway City Ipoh yang mempunyai RM2 bilion GDV dengan luas tanah kira-kira 12.5 hektar.

Malah, ia bakal dilengkapi pembangunan projek seperti Sunway Medical Centre, kemudahan kolam air panas semula jadi, pusat membeli belah Lost World of Tambun, Lost World Hotel, The Banjaran Hotsprings dan Sunway College Ipoh.

Bersandarkan kemajuan projek pembandaran sebelumnya, Sunway City di Kuala Lumpur, Sunway Onsen Suites adalah sebahagian daripada perancangan pelaburan Sunway Property yang diunjurkan RM4 bilion di Perak dalam tempoh 15 hingga 20 tahun.

Sunway City Ipoh juga berjaya meraih lima anugerah Federation Internationale des Administrateurs de Bien-Conselis Immobiliers.

KEMUDAHAN gimnasium yang memberi nilai tambah kepada pembeli.
KEMUDAHAN gimnasium yang memberi nilai tambah kepada pembeli.

Pada masa sama, Sunway Onsen Suites juga meraih anugerah 'Best Holiday Home dan 'Northern Star' dalam acara StarProperty Awards 2020 kerana mempunyai keunikan konsep kediaman percutian ideal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Julai 2021 @ 6:16 AM