LAMAN web iproperty.com.my yang kini menjadi pilihan utama pemain sektor hartanah.
LAMAN web iproperty.com.my yang kini menjadi pilihan utama pemain sektor hartanah.

SITUASI semasa global berikutan pandemik Covid-19 menggalakkan pencari hartanah berpindah ke platform digital.

Berdasarkan pemerhatian syarikat pihak ketiga pengukuran dan analis media Comscore,iProperty.com.my adalah Portal Hartanah No.1 Malaysia dengan lawatan paling tinggi menurut Comscore MMX® Multi-Platform, Real Estate, Total Digital Audience, February 2021, Malaysia.

Pengurus besar iProperty.com.my Shylendra Nathan berkata, meskipun dengan impak Covid-19, pihaknya terus menjadi portal hartanah nombor satu di Malaysia berdasarkan tinjauan Comscore.

Kejayaan ini menurutnya boleh disifatkan kepada fokus berterusan pihaknya memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna dan nilai pelanggan yang paling bagus dengan tidak melupakan sokongan kukuh diterima daripada pengguna dan pelanggan.

"Rakyat Malaysia sudah bertumpu ke arah kemudahan dan keselamatan platform digital untuk tinjauan hartanah mereka yang terjejas akibat Covid-19," katanya.

Pandemik global ini juga mempercepatkan pencarian hartanah dengan beralih ke platrofm digital. Rakyat Malaysia juga menghabiskan lebih banyak masa di iProperty.com.my iaitu melebihi enam minit berbanding laman web hartanah lain.

Pecahan lanjut audiens juga menunjukkan bahawa iProperty.com.my memiliki pelanggan hartanah dalam pasaran dengan pengguna berumur 25 tahun dan ke atas yang meluangkan masa sebanyak 31 peratus lebih lama melayari senarai hartanah untuk dijual dan disewa, berbanding pesaing terdekat mereka.

Menurutnya, pencari hartanah meluangkan masa yang tertinggi di laman iProperty.com.my.

"Trend ini menunjukkan pengguna amat berminat dan aktif membuat penyelidikan. Mereka ingin membuat keputusan hartanah dengan bermaklumat. Ini jelas menunjukkan bahawa iProperty.com.my ialah jenama yang dipercayai.

"Dengan mendapatkan masa pencari hartanah, iProperty.com.my berupaya menawarkan lebih banyak perkhidmatan atau ciri kepada pelanggan mereka.

"Kami juga membolehkan rakyat Malaysia mencari rumah idaman mereka, sama ada untuk dibeli, disewa, pelaburan, menghubungkan pencari hartanah dengan ejen dan pemaju yang memperagakan produk mereka di laman kami serta menerokai pemikiran hartanah yang bermanfaat," katanya.

Asas kepada kejayaan iProperty.com.my sebagai laman sesawang nombor satu Malaysia adalah strategi berpaksikan pengguna dan pelanggan serta inovasi produk dan perkhidmatannya dengan tujuan mengubah cara pengalaman rakyat Malaysia dalam pencarian hartanah.

Buat masa ini, iProperty.com.my memiliki rangkaian produk dan perkhidmatan teknologi prophartanah (proptech) didorong oleh data yang berupaya mengubah cara pengamalan menepati segala aspek pencarian golongan pencari hartanah.

Ini termasuk Brickz.my iaitu laman data hartanah nombor satu di Malaysia yang memberikan pengguna dan pelanggan tinjauan komprehensif terhadap maklumat dan urus niaga terkini hartanah sub-jualan yang boleh dipercayai, diakui dan mutakhir.

Sumber kepada semua data ini adalah daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

LoanCare ialah penunjuk kelayakan pinjaman rumah yang membantu mengira dan membandingkan pilihan pinjaman perumahan meliputi 17 bank.

Pengguna boleh mengelak risiko kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan daripada sesebuah bank yang boleh melambatkan proses permohonan dari tiga hingga enam bulan.

Mengetahui kelayakan pinjaman perumahan seseorang juga amat penting kerana ia menentukan julat harga hartanah yang mampu mereka dapatkan.

iProperty PRO yang menyambut ulang tahun pertamanya tahun ini ialah perkakas teknologi prop yang pertama seumpamanya dalam pasaran dan memberikan pelanggan ejen hartanah dengan pemahaman data hartanah bagi mencapai kelompok pencari hartanah di Malaysia.

"iProperty.com.my sudah lama menjadi portal hartanah nombor satu di Malaysia. Kami akan terus mengukuhkan kedudukan teratas iProperty.com.my dalam semua aspek hartanah.

"Pengguna kami, ejen hartanah dan pelanggan pemaju akan kekal menjadi nadi kepada strategi kami. Sasaran kami ialah untuk memberikan pengalaman yang disatukan serta menyampaikan nilai yang menarik dengan mengintegrasikan produk dan perkhidmatan kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 April 2021 @ 6:51 AM