PERUMAHAN Pantai Sentral Park turut terbabit dalam kempen pemilikan fleksibel, Now You Can.
PERUMAHAN Pantai Sentral Park turut terbabit dalam kempen pemilikan fleksibel, Now You Can.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


IJM Land Berhad (IJM Land) memperkenalkan kempen pemilikan fleksibel, Now You Can untuk memberi peluang kepada bakal pembeli memiliki rumah impian mereka dan membantu menghadapi situasi pembiayaan yang mencabar ketika ini akibat pandemik Covid-19.

Kempen yang diadakan sehingga 31 Oktober depan itu juga bertujuan meringankan beban kewangan pembeli di samping membantu mereka memiliki rumah impian dan menyokong pelaburan.

Pengarah Urusannya, Edward Chong berkata, pihaknya teruja melancarkan kempen itu untuk memberi jaminan kepada pembeli rumah dan mendidik mereka mengenai prospek pelaburan hartanah pada masa mencabar.

Kata Edward, ia termasuk kadar faedah rendah, pelan simpanan ideal dan ganjaran tinggi bakal dinikmati pembeli.

"Ia secara tidak langsung memberi keyakinan kepada pembeli bahawa risiko pelaburan ini adalah rendah.

"Dalam setiap krisis selalu ada peluang dan jika ada perkara yang boleh dipelajari dari tahun ini, ia pasti mengenai pentingnya mempunyai simpanan dan pelaburan bagi melindungi masa depan," katanya.

Menurut Edward, sebagai pemaju, pihaknya turut sedar bahawa setiap pembeli rumah adalah unik.

Justeru, dengan adanya kempen itu pihaknya mengambil inisiatif tambahan dalam membangunkan pelan dan penyelesaian sesuai demi memenuhi keperluan serta kehendak individu.

Edward berkata, perlindungan kewangan juga disediakan sekiranya berlaku kehilangan atau pengurangan gaji dan itu hasrat murni IJM Land untuk membantu lebih ramai orang memiliki rumah impian dalam tempoh mencabar.

ANTARA projek kediaman IJM Land yang terbabit dalam kempen Now You Can.
ANTARA projek kediaman IJM Land yang terbabit dalam kempen Now You Can.

Katanya, fokus utama mereka adalah untuk memastikan penyelesaian hartanah lebih inklusif dan mengambil kira keperluan, kekangan kewangan pembeli rumah kali pertama serta mereka yang berdepan masalah syarat pinjaman yang semakin ketat.

"Kami memahami setiap pembeli mempunyai keperluan dan situasi berbeza dan satu penyelesaian tidak semestinya sesuai untuk semua.

"Jadi, untuk membuatkan rumah kami lebih mampu dimiliki di samping membantu lebih ramai rakyat Malaysia mengubah rumah impian mereka menjadi kenyataan, kami memperkenalkan pelbagai pelan pemilikan inovatif yang menjadikan proses memiliki rumah impian lebih mudah dan lancar," katanya.

Seperti semua sedia maklum, projek hartanah di bawah syarikat pemaju itu meliputi pelbagai jenis hartanah berbeza dan saiz unit.

Banyak projek pelancaran baharu, kondominium sedia pindah dan rumah bertanah yang tersedia dapat memenuhi keperluan pembeli.

Sebahagian besar hartanah pemaju terbabit berada di seluruh negara dan terletak di lokasi selesa, strategik, berdekatan lebuh raya serta hab pengangkutan di kawasan pertumbuhan utama, sekali gus membolehkan akses mudah ke komuniti mahu pun kemudahan di sekitarnya.

Pembeli rumah perlu mengambil peluang Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 sehingga 31 Mei tahun depan kerana mereka dapat menikmati pelbagai faedah dan penjimatan dalam tempoh terhad yang ditawarkan kempen itu.

Dalam pada itu, sempena HOC 2020, pembeli rumah juga layak mendapat tawaran menarik untuk pelbagai hartanah IJM Land, termasuk rebat khas, pakej perabot rumah, pelan pembayaran sifar faedah, tawaran pindah masuk, yuran guaman pinjaman percuma serta faedah pengecualian duti setem HOC ke atas MOT sehingga RM1 juta dan duti setem pinjaman sehingga RM2.5 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 6:20 AM