20 peratus penduduk dalam kalangan mereka bekerja diKuala Lumpur.
20 peratus penduduk dalam kalangan mereka bekerja diKuala Lumpur.
Syarifah Dayana Syed Bakri


SATU ketika dulu, mereka yang bekerja di Kuala Lumpur hanya memilih kediaman sekitar bandar raya ini, namun dengan perubahan jenis pekerjaan dan gaya hidup, bukanlah sesuatu yang pelik apabila ada yang menetap di luar Kuala Lumpur khususnya Seremban.

IJM Land adalah antara pelopor perbandaran di Seremban dengan pembangunan Seremban 2 yang kian pesat membangun terus mendapat perhatian warga kerja Kuala Lumpur.

Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land, Datuk Hoo Kim See berkata, kira-kira 20 peratus penduduk Seremban 2 dalam kalangan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan 10 peratus lagi mencari rezeki di negeri lain berhampiran Negeri Sembilan.

“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, kami melihat lebih ramai pembeli dari Lembah Klang menunjukkan minat untuk mendapatkan kediaman di sini.

HO menunjukkan model pembangunan oleh IJM Land.
HO menunjukkan model pembangunan oleh IJM Land.

“Mereka tidak kisah menempuh perjalanan jauh untuk mencari rezeki di ibu kota kerana memilih untuk menetap di Seremban 2 yang lebih tenang dan selesa.

“Wujud beberapa pilihan laluan yang menghubungkan Seremban dan Kuala Lumpur menjadikan perjalanan antara dua bandar ini lebih mudah selain pelbagai pilihan pengangkutan awam yang aktif beroperasi,” katanya kepada P&P di Seremban, baru-baru ini.

Katanya, dengan persekitaran kondusif di Seremban 2, semakin ramai individu memilih untuk memiliki kediaman di bandar berkenaan kerana berpandangan ia sesuai untuk didiami khususnya bagi mereka yang mempunyai keluarga.

“Seremban 2 kini adalah pintu gerbang selatan bagi perjalanan ke Lembah Klang. Ia bukan lagi bandar asing yang sukar diakses.

“Malah, lebih banyak pilihan kediaman mampu milik boleh didapati di sini selain kadar peningkatan harga rumah yang kompetitif,” katanya.

Dengan kadar populasi lebih 62,000 penduduk, Seremban 2 kini menempatkan 13,391 kediaman.

Hartanah kediaman mencatatkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.8 bilion meliputi 14,000 unit, komersial (GDV RM800 juta, 1,800 unit) dan industri (GDV RM102 juta, 224 unit).

Sementara itu, pihaknya akan menawarkan projek kediaman terbaharu, Rimbun Impian yang terdiri daripada 345 unit rumah teres dua tingkat dengan harga jualan bermula RM600,000.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 9:00 AM